Bit Extreme Infotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembangunan perisian tempatan yang beroperasi sejak tahun 2015. Walaupun berskala kecil, kami memiliki cita-cita besar serta pasukan yang berdedikasi dan berpengalaman dalam membina penyelesaian digital untuk sektor awam, pendidikan, dan komuniti. Didorong oleh semangat inovasi dan tagline “Coding the Future”, Bit Extreme terus mengorak langkah dalam menjadikan teknologi sebagai pemangkin perubahan positif.
Beroperasi dari UTM-MTDC Technovation Park di Johor, Bit Extreme bermula dengan pelbagai projek sistem kerajaan negeri dan agensi awam, termasuk sistem tanah, sistem strata, pengurusan projek pembangunan, sistem muzium, dan beberapa lagi. Kami dikenali dengan pendekatan hands-on, mesra pengguna, dan pantas dalam pembangunan, serta komitmen jangka panjang terhadap sokongan dan penyelenggaraan sistem.
Salah satu kejayaan terbesar kami dalam sektor pendidikan ialah Modul NILAM Johor (MNJ) — sebuah sistem perekodan bacaan NILAM yang dibangunkan khas untuk menyokong inisiatif pembudayaan literasi dan pembacaan di sekolah-sekolah seluruh negeri Johor. Bermula pada Januari 2022, MNJ telah digunakan secara meluas oleh ribuan murid, guru dan GPM (Guru Perpustakaan dan Media) sehingga Ogos 2024. Ia bukan sahaja memudahkan perekodan dan pemantauan bacaan, malah membantu meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti NILAM melalui antara muka yang moden dan mudah digunakan.
Berbekalkan kejayaan MNJ dan maklum balas positif daripada warga sekolah, Bit Extreme kini menumpukan sepenuh usaha ke arah membangunkan dan memperluaskan SkoolBeez — sebuah ekosistem digital sekolah yang menyeluruh. SkoolBeez direka khas untuk menyokong transformasi digital dalam pengurusan harian sekolah, dengan memberi tumpuan kepada kecekapan pentadbiran, komunikasi berkesan, keterlibatan murid, dan kemudahan akses untuk ibu bapa.
SkoolBeez bukan sekadar satu sistem tunggal, tetapi satu ekosistem modular yang merangkumi pelbagai fungsi dan subsistem seperti:
- Hebahan Sekolah dan Kelas
- Pengurusan Kehadiran & Jadual Waktu
- Perpustakaan Digital & PSS
- Pemantauan Program NILAM
- Platform Pengkarya Muda
- Sistem Kitar Semula Sekolah
- Kad SkoolBeez sebagai identiti digital
- Hebahan dan komunikasi sekolah
- dan pelbagai lagi.
Setiap modul dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam terhadap keperluan sebenar sekolah, hasil daripada kerjasama rapat kami dengan GPM, pentadbir sekolah, guru kelas, dan PPD. Pasukan kami terdiri daripada pembangun sistem, pereka bentuk antara muka, penganalisis pendidikan, dan pegawai sokongan pengguna yang sentiasa bersedia untuk memberikan pengalaman terbaik kepada sekolah-sekolah pengguna SkoolBeez.
Sebagai syarikat teknologi pendidikan yang berpangkalan di Johor, kami berhasrat untuk:
- Menjadi penyedia utama sistem pengurusan sekolah digital yang menyeluruh dan mampu milik.
- Menyokong sekolah-sekolah dalam menyesuaikan diri dengan era pendigitalan.
- Meningkatkan kecekapan guru dan pentadbir melalui automasi tugasan harian.
- Mewujudkan keterlibatan murid secara aktif dalam ekosistem digital sekolah.
Kami percaya bahawa transformasi digital bukan hanya tentang teknologi, tetapi juga tentang membentuk budaya sekolah yang bersedia untuk masa depan.
Sekolah masa kini memerlukan lebih daripada sekadar sistem — mereka memerlukan rakan teknologi yang faham, menyokong dan berkembang bersama. Itulah peranan yang ingin kami mainkan dengan SkoolBeez.