loader
Hentikan Buli
Identiti Digital Murid

Satu kad, pelbagai kegunaan

Kad SkoolBeez ialah kad pintar berasaskan QR yang berfungsi sebagai identiti digital murid dan medium utama interaksi dalam sistem SkoolBeez.

" Satu imbasan, seribu manfaat "

  • Kehadiran harian ke sekolah
  • Program, sukan, kelab dan persatuan
  • Peminjaman buku melalui Modul PSS
  • Aktiviti kitar semula dan galakan sahsiah
  • KoopMart dan KafeMart sekolah (akan datang)
Kad SkoolBeez

6 Kelebihan Kad SkoolBeez

Kad pintar yang direka untuk memudahkan kehidupan di sekolah dengan teknologi moden dan selamat.

Identiti Digital Sekolah

Setiap kad adalah unik dan berkait terus dengan akaun murid — ibarat seperti kad pengenalan rasmi dalam sistem.

Rekod Aktiviti Automatik

Setiap imbasan direkod terus ke sistem — dari kehadiran sekolah, program & aktiviti hinggalah peminjaman buku.

Kurangkan Kaedah Manual

Tiada lagi catatan yang perlu dibuat dalam kertas atau buku log serta perlu fikir untuk simpanan — semua digital dan telus.

Pusat Akses Pelbagai Modul

Digunakan dalam hampir semua modul seperti PSS, Kokurikulum, Kitar Semula, Koopmart & Kafemart.

Keselamatan Terjamin

Kad yang hilang boleh disekat serta-merta oleh murid sendiri. Elak penyalahgunaan identiti. Kad gantian dijana semula oleh Admin Sekolah.

Galakkan Penglibatan Murid

Murid lebih bertanggungjawab apabila setiap interaksi direkod secara sah dan telus. Mereka juga akan menjaga Kad SkoolBeez secara baik.

Pilihan Percetakan Kad SkoolBeez

Tiga kaedah fleksibel untuk sekolah memilih cara penghasilan kad mengikut keperluan dan bajet.

Cetak Sendiri (DIY)
1

Cetak Sendiri (DIY)

Sekolah mencetak sendiri kad murid dan turut membekalkan lanyard serta pemegang kad (card holder) kepada semua murid.

Percetakan Luar
2

Hantar ke Percetakan Luar

Sekolah muat turun fail PDF kad dan hantar ke kedai percetakan pilihan sendiri. Lanyard dan card holder tetap perlu disediakan oleh sekolah.

Cetakan oleh SkoolBeez
3

Cetakan oleh SkoolBeez

Tempah melalui kami dengan kualiti cetakan premium, lengkap bersama lanyard dan pemegang kad.

Kenapa Sekolah Perlu Guna Kad SkoolBeez?

Kad SkoolBeez memudahkan pelbagai operasi harian sekolah secara automatik dan berselaras. Satu kad berfungsi di semua modul — menjadikan ia sebagai pusat sehenti untuk pemantauan, pelaporan dan penglibatan murid.

  • Mempercepatkan proses kehadiran dan semakan murid
  • Mengurangkan kerja manual guru dalam pelaporan
  • Menggalakkan murid lebih aktif dan bertanggungjawab
  • Menjadikan data sekolah lebih tersusun dan mudah dianalisis

Sedia Untuk Sekolah Digital?

Kad SkoolBeez ialah permulaan ke arah transformasi sekolah anda ke arah ekosistem digital yang menyeluruh dan mesra pengguna.

Hubungi Kami Sekarang

Soalan Lazim Mengenai Kad SkoolBeez

Kad SkoolBeez ialah kad pengenalan digital yang digunakan oleh murid dalam pelbagai modul dan subsistem SkoolBeez seperti kehadiran sekolah, PSS, aktiviti kokurikulum, Koopmart dan Kafemart.

Murid boleh melaporkan kehilangan kad melalui aplikasi SkoolBeez. Kad tersebut akan disekat serta-merta bagi mengelakkan penyalahgunaan. Kad baharu boleh dijana oleh Guru Kelas atau Admin Sekolah.

Ya, kad ini menyokong penggunaan dalam hampir semua modul seperti Kehadiran Sekolah, PSS, NILAM, Kokurikulum, Kitar Semula, Koopmart, dan Kafemart.

Tidak wajib. Sekolah boleh memilih untuk mencetak sendiri, menghantar ke percetakan luar, atau mendapatkan perkhidmatan cetakan premium dari pihak SkoolBeez.

Pihak sekolah boleh memuat turun fail PDF yang mengandungi semua Kad SkoolBeez murid dan mencetaknya secara dalaman. Sekolah juga perlu menyediakan lanyard dan pemegang kad sendiri.

Tempoh siap bergantung kepada jumlah murid dan lokasi penghantaran, tetapi biasanya dalam 5 hingga 10 hari bekerja selepas pengesahan maklumat murid.

Jadikan setiap murid sebahagian daripada ekosistem digital!

Dengan Kad SkoolBeez, setiap imbasan membuka peluang untuk pemantauan, pembelajaran dan pembangunan murid yang lebih efektif.