loader

Bengkel Literasi Digital Pengurusan Sumber Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Selasa, 01 Julai 2025

Bengkel Literasi Digital Pengurusan Sumber Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Bengkel Literasi Digital anjuran PPD Pasir Gudang telah memperkenalkan SkoolBeez kepada sekolah-sekolah di daerah tersebut. Dari perekodan NILAM digital hingga janaan laporan automatik — semua berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat.

Pasir Gudang, 30 Jun 2025 — Satu langkah besar ke arah transformasi digital pendidikan telah diambil apabila Pengurusan Sumber Pendidikan Daerah Pasir Gudang menganjurkan Bengkel Literasi Digital khas untuk memperkenalkan platform SkoolBeez kepada para Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari seluruh daerah.

Seramai lebih 109 orang GPM telah menyertai bengkel ini, menandakan sambutan positif terhadap inisiatif pendigitalan yang semakin penting dalam ekosistem pendidikan masa kini.

  1. Antara pengisian bengkel yang telah dijalankan termasuk:
  2. Pengenalan kepada platform SkoolBeez dan manfaatnya kepada sekolah
  3. Proses pengaktifan akaun sekolah dan penyelarasan data
  4. Kemaskini maklumat kelas dan guru
  5. Pemindahan data murid ke dalam sistem
  6. Ujian log masuk murid dan guru kelas secara langsung
  7. Sesi praktikal (hands-on) untuk perekodan bacaan NILAM secara digital
  8. Penjanaan laporan bacaan NILAM secara automatik

Bengkel ini bukan sahaja memperkenalkan SkoolBeez sebagai penyelesaian digital yang menyeluruh, malah membuktikan bagaimana rekod bacaan NILAM yang dahulunya dikendalikan secara manual kini boleh diurus secara lebih cekap dan telus melalui SkoolBeez.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan dan maklum balas yang positif daripada peserta, SkoolBeez terus komited untuk membantu sekolah-sekolah di seluruh Malaysia beralih kepada pengurusan pendidikan yang lebih moden, mudah dan berimpak tinggi.

👉 Sekolah anda belum menyertai program Early Access SkoolBeez (EAP)? Inilah masanya!

Gallery

logo

Fokus Pada Idea Hebat Anda,
Kami Uruskan Pembangunannya.

Dengan pengalaman serta kepakaran yang luas dalam pembangunan aplikasi dan sistem, kami pastikan idea hebat anda dihasilkan menjadi penyelesaian teknologi yang unggul, mudah digunakan dan berskala.