Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202604-09
202604-09

Bit Extreme Jayakan Pelaksanaan JELA Placement Test di Empat Sekolah Rintis Bangsa Johor

Bit Extreme Jayakan Pelaksanaan JELA Placement Test di Empat Sekolah Rintis Bangsa Johor

Bit Extreme Infotech Sdn Bhd bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor berjaya membangunkan dan melaksanakan Johor English Language Academy (JELA) Placement Test di empat Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ). Inisiatif ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris murid melalui pendekatan berasaskan CEFR serta menyokong transformasi pendidikan Johor yang lebih moden dan berdaya saing.

21 & 22 April 2026, Johor Bahru - Bit Extreme Infotech Sdn Bhd bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah membangunkan serta melaksanakan sesi Placement Test bagi sistem Johor English Language Academy (JELA) di empat buah Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), iaitu SK Tasek Utara, SMK Tasek Utara, SK Seri Kota Puteri 4 dan SMK Seri Kota Puteri 2. Sistem JELA dibangunkan secara kolaboratif bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sebagai platform pembelajaran interaktif yang memberi fokus kepada penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid selaras dengan piawaian antarabangsa Common European Framework of Reference (CEFR).

Pelaksanaan placement test ini merupakan langkah penting bagi mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid sebelum mereka mengikuti pembelajaran yang lebih tersusun melalui sistem JELA. Selain penilaian awal, sistem ini turut merangkumi penyediaan bahan pembelajaran yang sistematik serta latihan intensif kepada guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif, berkualiti dan memenuhi standard global.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Aznan Tamin turut hadir membuat tinjauan pelaksanaan di SK Tasek Utara, Johor Bahru dan menyifatkan JELA sebagai satu “game-changer” dalam transformasi pendidikan Johor. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan JELA menyokong Teras 1 Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) iaitu memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris tanpa mengetepikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekali gus memastikan keseimbangan dalam pembentukan identiti dan jati diri murid.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha progresif Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa sistem pendidikan negeri secara lebih holistik, moden dan berdaya saing. Dengan pelaksanaan JELA, diharapkan murid-murid SRBJ dapat meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, sekali gus melahirkan generasi Bangsa Johor yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran di peringkat global.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!