Cadangan forum akademik murid, isu capaian internet dan penyimpanan data dikupas bersama barisan guru dan PIBG. SkoolBeez terus terima maklum balas positif untuk penambahbaikan sistem.
Bandar Seri Alam, 1 November 2025 — Satu sesi demonstrasi menyeluruh sistem SkoolBeez telah diadakan di SK Bandar Seri Alam (BARSA), khusus untuk memberi pendedahan kepada barisan guru utama dan wakil PIBG sekolah. Sesi ini bertujuan memperkenalkan kefungsian sebenar sistem serta membincangkan cadangan penambahbaikan sebelum pelaksanaan sepenuhnya dijalankan.
Sesi ini telah dihadiri oleh:
- Puan Norayzamzurina binti Ayob – Guru Penolong Kanan 1
- Puan Rahmawati binti Waris – Guru Penolong Kanan HEM
- Cikgu Hanis – Setiausaha HEM
- Cikgu Haziq – GPM
- Cikgu Aqila – Guru NILAM
- Cikgu Alif, Cikgu Taufiq, dan Cikgu Afiq – Guru ICT
- Cikgu Mursyid – Guru SSDM
- Encik Azlan – Wakil PIBG
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Haziq, yang menyatakan tujuan utama sesi ini adalah untuk memberi kefahaman kepada guru dan pentadbiran sekolah mengenai penggunaan sistem SkoolBeez dalam membantu pelaksanaan program NILAM, pengurusan kehadiran, pusat sumber, serta operasi harian sekolah secara digital.
Penerangan teknikal disampaikan oleh wakil SkoolBeez yang menjelaskan bahawa platform ini merangkumi modul-modul penting untuk guru, murid, ibu bapa dan pentadbir sekolah — termasuk pengurusan kehadiran, NILAM, pusat sumber, kokurikulum, kitar semula, dan lebih lagi.
Antara cadangan dan isu yang dibincangkan termasuk:
- Modul Rakan SkoolBeez: Dicadangkan agar ditambah fungsi forum mengikut subjek sebagai ruang interaktif akademik antara murid. Ciri pemantauan dan kawalan kandungan melalui AI turut disarankan bagi memastikan keselamatan komunikasi murid.
- Modul Kitar Semula: Diiktiraf sebagai modul bermanfaat untuk sekolah menjana dana sambil mendidik murid mengenai kelestarian.
- Isu teknikal dan kapasiti sistem: Wakil PIBG, En. Azlan, mengemukakan soalan tentang kapasiti pelayan dan dasar penyimpanan data. Pihak SkoolBeez menjelaskan bahawa sistem menggunakan cloud-based storage dengan penyimpanan data sepanjang tempoh murid berada dalam sistem persekolahan, serta akan menyemak keperluan penyimpanan jangka panjang selepas tamat persekolahan.
- Kebolehgunaan peranti dan capaian internet: Dibangkitkan isu sama ada sistem boleh beroperasi tanpa peranti paparan (monitor), dan juga keperluan agar modul kehadiran dapat berfungsi dalam mod offline. Perkara ini akan diperhalusi bersama pasukan pembangunan.
- Integrasi dengan IDME: Cadangan untuk integrasi sistem kehadiran SkoolBeez dengan IDME sedang dalam perbincangan. SkoolBeez menawarkan kelebihan dari segi akses telus ke data kehadiran secara masa nyata oleh semua pihak berkaitan.
- Pengurusan buku baharu: Cikgu Haziq memaklumkan bahawa masih terdapat sejumlah besar buku baharu yang belum direkodkan ke dalam sistem PSS. SkoolBeez mencadangkan pendaftaran berperingkat dengan memberi keutamaan kepada buku yang sering dipinjam terlebih dahulu.
Secara keseluruhan, sesi yang berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari ini berjalan dalam suasana profesional dan konstruktif, dengan pelbagai cadangan penambahbaikan yang diterima secara terbuka oleh pihak SkoolBeez. Ini membuktikan kesediaan pihak sekolah dan PIBG untuk terlibat secara aktif dalam membentuk pelaksanaan sistem digital yang benar-benar berfungsi dan relevan dengan keperluan sebenar sekolah.
👉 Sekolah anda berminat untuk mengadakan sesi demonstrasi atau libat urus bersama pentadbir dan PIBG seperti ini? Hubungi SkoolBeez untuk aturkan sesi khas bagi sekolah anda.