Latihan pengguna PSS memperkukuh pengurusan pusat sumber secara digital. Cadangan penambahan laporan kehadiran dan fungsi Bicara Buku dijangka lonjakkan aktiviti literasi murid.
Skudai, 10 Disember 2025 — Sebagai salah sebuah SkoolBeez Showcase School, SK Taman Mutiara Rini terus proaktif dalam pelaksanaan ekosistem digital sekolah dengan mengadakan sesi latihan pengguna khas untuk Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS). Sesi ini dikendalikan oleh pasukan SkoolBeez bersama GPM sekolah, Cikgu Hasimah Binti Hassan, dan barisan guru pelaksana PSS yang lain.
Latihan ini memberi tumpuan kepada:
- Rekod pinjam dan pulang buku secara digital
- Pengurusan bahan bacaan dan kod QR
- Pelaporan OPR (One Page Report)
- Aliran kerja harian PSS menggunakan sistem SkoolBeez
Antara maklum balas utama daripada sesi ini ialah cadangan penambahbaikan terhadap fungsi rekod kehadiran murid ke PSS, agar sistem dapat menjana laporan secara automatik. Ini akan memudahkan sekolah mengenal pasti murid yang rajin mengunjungi pusat sumber serta memberi penghargaan kepada mereka.
Selain itu, pihak sekolah turut mencadangkan agar fungsi penghantaran video Bicara Buku murid disediakan dalam SkoolBeez — selaras dengan modul Pengkarya Muda yang sedia ada. Fungsi ini dijangka akan menyokong aktiviti literasi dan kreatif dalam kalangan murid dengan lebih sistematik dan mudah disemak oleh guru.
📌 SkoolBeez bukan sekadar sistem PSS — ia adalah platform lengkap untuk menyokong kecemerlangan literasi digital murid.
Ingin sekolah anda jadi sebahagian daripada transformasi ini?