Kedua-dua institusi agama utama Johor mula melangkah ke arah digitalisasi sekolah dengan komitmen penuh terhadap SkoolBeez. Pelaksanaan dijangka bermula dengan PSS dan berkembang ke seluruh operasi sekolah.
Johor Bahru, 12 Disember 2025 — Satu sesi taklimat rasmi telah diadakan antara pasukan SkoolBeez dan pentadbiran Maahad Johor serta Maahad Tahfiz Negeri Johor. Pertemuan ini melibatkan dua pengetua institusi yang berkongsi kampus namun mengurus dua aliran berbeza iaitu Aliran Arab dan Tahfiz, yang masing-masing ditadbir di bawah Kerajaan Negeri Johor.
Taklimat disampaikan oleh Encik Muhamad Haris bin Rosman, Ketua Pegawai Pemasaran Bit Extreme Infotech Sdn. Bhd., yang memperkenalkan ekosistem digital SkoolBeez kepada pihak sekolah. Turut hadir dalam sesi ini ialah:
- Ustaz Abdul Jalil bin Kallil – Pengetua Maahad Johor
- Dr. Mohd Hidris bin Shahri – Pengetua Maahad Tahfiz Negeri Johor
- Sir Muhammad Amirul Shafiq bin Mohd Kamal – Guru Data
- Puan Nurrul Huda binti Kasim – Guru Perpustakaan & Media (GPM)
- Puan Nor Fatihah binti Amat Asro – Pembantu PSS
Kedua-dua institusi menyatakan komitmen penuh untuk melanggan Pelan Plus SkoolBeez, yang merangkumi modul-modul penting seperti NILAM digital, pengurusan PSS, kehadiran, hebahan, aktiviti, dan banyak lagi. Pihak sekolah juga menyatakan minat yang tinggi terhadap Pelan Premium kerana mereka melihat potensi penggunaan sistem ini untuk mengurus aspek koperasi, kafe dan akademik secara digital.
Sebagai langkah seterusnya, sesi latihan pengguna (User Training) akan diadakan pada 19 Disember 2025, dengan fokus khusus kepada penggunaan Modul PSS SkoolBeez.
Selain dari aspek perisian (software), satu cadangan turut dibangkitkan oleh pihak sekolah mengenai kemungkinan refurbish semula kira-kira 50 unit iPad sumbangan kerajaan negeri, yang kini tidak boleh digunakan. Ini membuka peluang untuk Bit Extreme (melalui jenama Twin System) turut membantu dari aspek perkakasan (hardware), menjadikan kerjasama ini lebih menyeluruh.
Pihak Maahad turut menzahirkan penghargaan terhadap taklimat yang diberikan menerusi laman Facebook rasmi mereka dan menyifatkan sesi ini sebagai permulaan kukuh ke arah transformasi digital pendidikan agama negeri Johor.
📣 Ingin jadikan sekolah anda sebagai Showcase SkoolBeez?
Hubungi kami hari ini dan teroka bagaimana transformasi digital boleh bermula di sekolah anda.