Pelajar SMK Seri Kota Puteri 2 diberi coaching khas SkoolBeez sebagai persediaan pembentangan menjelang kunjungan rasmi kepimpinan negeri untuk Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), sekali gus membentuk keyakinan murid sebagai duta transformasi digital sekolah.
6 Februari 2026 – SMK Seri Kota Puteri 2 | Pasukan SkoolBeez telah mengadakan Sesi Coaching bersama Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Nor Azlina binti Muhammad, serta lima orang pelajar SMK Seri Kota Puteri 2 sebagai persediaan menjelang kunjungan rasmi YAB Menteri Besar Johor dan YAM Tunku Mahkota Johor ke sekolah tersebut sempena inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ).
Sesi ini bertujuan memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung kepada pelajar yang terlibat dalam pembentangan bagi memperkenalkan SkoolBeez sebagai platform pengurusan sekolah digital. Fokus diberikan kepada kefahaman pelajar terhadap fungsi utama sistem, khususnya dari sudut pengalaman dan penggunaan sebenar oleh murid.
Sesi coaching dilaksanakan secara berstruktur dan interaktif, berpandukan draf skrip pembentangan yang disediakan oleh pasukan SkoolBeez bagi memastikan penyampaian maklumat adalah jelas, tersusun dan mudah difahami. Antara kandungan utama yang dilatih untuk pembentangan ialah:
- Pengenalan ringkas kepada sistem SkoolBeez
- Modul Kehadiran dari paparan murid
- Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS) dari paparan murid
Pelajar turut diberikan pendedahan tentang bagaimana modul-modul ini menyokong pembelajaran dan aktiviti harian mereka di sekolah, termasuk pemantauan kehadiran dan urusan pinjam-pulang bahan bacaan secara digital.
Beberapa simulasi penggunaan sistem secara real-time telah dijalankan sepanjang sesi, dan pelajar menunjukkan keterujaan serta kefahaman yang semakin jelas apabila melihat sendiri aliran penggunaan sistem dan hasil yang dijana. Sesi ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan memperkemas cara penyampaian mereka.
Secara keseluruhannya, sesi coaching ini berjaya meningkatkan keyakinan dan kefahaman pelajar untuk menerangkan peranan SkoolBeez kepada pihak luar. Pelajar turut memahami tanggungjawab mereka sebagai wakil sekolah semasa kunjungan rasmi, sekali gus mencerminkan imej murid yang celik teknologi dan bersedia menyokong agenda transformasi digital sekolah.