SK Mensudut Lama, Segamat menunjukkan minat terhadap modul Kokurikulum dan PAJSK dalam program CSR SkoolBeez bagi menyokong pengurusan sekolah secara lebih sistematik.
16 Mac 2026, Segamat - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak SK Mensudut Lama, Segamat bagi membincangkan cadangan penyertaan sekolah tersebut dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez. Sesi ini berlangsung di Pejabat Guru Besar dan melibatkan Tuan Shahril Affandi bin Mat Yusof (Guru Besar) serta En. Muhammad Izzuddin Arif bin Roslan (GPK Kokurikulum).
Program CSR ini bertujuan memperluaskan penggunaan sistem pengurusan sekolah secara digital serta membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan data sekolah secara lebih sistematik, khususnya bagi sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di kawasan luar bandar.
Dalam sesi tersebut, demonstrasi ringkas sistem SkoolBeez telah diadakan bagi memperkenalkan fungsi asas serta potensi pelaksanaan modul dalam operasi harian sekolah. Antara modul utama yang dicadangkan ialah Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS). Sesi turut diteruskan dengan penerangan modul tambahan seperti Modul Jadual Waktu, Kokurikulum (Koku) dan PAJSK, yang dilihat berpotensi membantu memudahkan kerja dokumentasi serta pelaporan aktiviti sekolah.
Turut dibincangkan ialah cadangan skop kerjasama serta kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan pelaksanaan program CSR dapat memberi manfaat menyeluruh kepada pihak sekolah, guru dan murid.