Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202603-01
202603-01

Perbincangan Program CSR SkoolBeez Bersama SK Tanjong Buai, Kota Tinggi

Perbincangan Program CSR SkoolBeez Bersama SK Tanjong Buai, Kota Tinggi

SK Tanjong Buai, Kota Tinggi dicadangkan sebagai penerima program CSR SkoolBeez bagi memperkasa pendigitalan pengurusan sekolah melalui modul NILAM, Kehadiran dan PSS.

2 Mac 2026, Kota Tinggi - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak SK Tanjong Buai, Kota Tinggi bagi membincangkan cadangan penyertaan sekolah tersebut dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez. Sesi ini melibatkan Puan Noorhana binti Mohamad (GPK Pentadbiran), Puan Nor Ismi binti Ali (GPK Kokurikulum) serta Puan Nurul Ain Nabila binti Zulkifli (Guru Perpustakaan dan Media).

Program CSR ini bertujuan memperluaskan penggunaan sistem pengurusan sekolah secara digital, di samping membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan data sekolah secara lebih sistematik. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan statusnya sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) yang terletak di kawasan luar bandar dan memerlukan sokongan tambahan dalam usaha pendigitalan pengurusan sekolah.

Dalam sesi tersebut, demonstrasi ringkas sistem SkoolBeez telah diadakan bagi memperkenalkan fungsi asas platform serta potensi pelaksanaan modul dalam operasi harian sekolah. Antara modul utama yang dicadangkan di bawah program CSR ini ialah Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Turut dibincangkan ialah cadangan skop kerjasama serta peranan kedua-dua pihak sebelum Memorandum Persefahaman (MoU) dimuktamadkan. Perbincangan ini diadakan bagi memastikan pelaksanaan program CSR dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah, guru dan murid secara menyeluruh.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!