Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202603-10
202603-10

Perbincangan Program CSR SkoolBeez Bersama SK Tanjung Resang, Mersing

Perbincangan Program CSR SkoolBeez Bersama SK Tanjung Resang, Mersing

SK Tanjung Resang dicadangkan sebagai penerima program CSR SkoolBeez bagi memperkukuh pendigitalan pengurusan sekolah melalui modul NILAM, Kehadiran dan PSS.

12 Mac 2026, Mersing - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak SK Tanjung Resang, Mersing bagi membincangkan cadangan penyertaan sekolah tersebut dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez. Sesi ini melibatkan Puan Rahida Binti Abd Rahim (Guru Besar), Puan Annis Solehah Binti Abas (Guru Perpustakaan dan Media) serta En Mohsin bin Kamaruddin (Guru ICT).

Program CSR ini bertujuan memperluaskan penggunaan sistem pengurusan sekolah secara digital serta membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan data sekolah secara lebih sistematik, khususnya bagi sekolah yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di kawasan luar bandar.

Dalam sesi tersebut, demonstrasi ringkas sistem SkoolBeez telah diadakan bagi memperkenalkan fungsi asas serta potensi pelaksanaan modul dalam operasi harian sekolah. Antara modul utama yang dicadangkan di bawah program CSR ini ialah Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dapat membantu memperkemas pengurusan rekod serta pemantauan aktiviti murid.

Turut dibincangkan ialah cadangan skop kerjasama serta kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan pelaksanaan program CSR dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah, guru dan murid secara menyeluruh.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!