Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202603-07
202603-07

Sesi Demonstrasi dan Latihan Pengguna SkoolBeez di SJKT Gelang Patah (Showcase School)

Sesi Demonstrasi dan Latihan Pengguna SkoolBeez di SJKT Gelang Patah (Showcase School)

Guru SJKT Gelang Patah menunjukkan minat tinggi terhadap SkoolBeez, khususnya AI Validator NILAM dan Modul Kerja Rumah yang menyokong PdP digital secara lebih efektif.

10 Mac 2026, Gelang Patah - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi demonstrasi dan latihan pengguna bersama guru-guru di SJKT Gelang Patah (Showcase School) yang berlangsung di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh barisan pentadbir serta guru-guru. Sesi ini melibatkan Tuan Lingeswaran A/L T.Krishnan (Guru Besar), Puan Sarasuati A/P Thangarajah (GPK Pentadbiran), Puan Indrakala A/P Subrahmonion (GPK Hal Ehwal Murid), Puan S Victoria A/P Sovorimuthu (GPK Kokurikulum), Puan Tamilarasi A/P Muniappan (GPK Petang) serta Puan Rajeswari A/P Krishnan (Guru Perpustakaan dan Media) bersama guru-guru lain.

Sesi dimulakan dengan tayangan montaj SkoolBeez kepada seramai 22 orang guru bagi memberikan gambaran awal tentang konsep dan fungsi sistem sebelum diteruskan dengan penerangan modul secara lebih terperinci. Fokus utama adalah kepada modul-modul dalam Pelan Basic dan Plus seperti Modul NILAM, Kehadiran, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Hebahan serta modul sokongan lain yang membantu memudahkan pengurusan sekolah dan PdP harian. Guru-guru turut diberi peluang untuk meneroka sistem secara langsung melalui sesi simulasi bagi memahami aliran penggunaan, kedudukan fungsi serta cara penggunaan yang betul dalam situasi sebenar.

Antara aspek yang paling menarik perhatian ialah fungsi AI Validator dalam Modul NILAM, di mana satu demonstrasi secara langsung telah dijalankan menggunakan contoh bahan bacaan dalam Bahasa Tamil. Melalui percubaan tersebut, sistem berjaya mengesan kerelevanan antara tajuk, sinopsis dan pengajaran, sekali gus membuktikan keupayaan AI Validator untuk menyokong pelbagai bahasa selagi maklumat dapat diterjemahkan dengan tepat. Perkara ini meningkatkan keyakinan guru terhadap kebolehan sistem dalam membantu pelaksanaan program NILAM secara lebih efisien dan berintegriti.

Selain itu, Modul Kerja Rumah turut menerima maklum balas yang sangat positif, khususnya fungsi memuat naik lampiran bagi membantu murid memahami tugasan dengan lebih jelas. Guru-guru turut mencadangkan agar fungsi penghantaran tugasan oleh murid secara dalam talian disediakan, termasuk sokongan untuk lampiran dokumen, yang dilihat sesuai bagi subjek seperti Sains dan Sejarah serta selari dengan pendekatan pembelajaran digital masa kini.

Secara keseluruhannya, sesi ini berlangsung dengan lancar dan interaktif, dengan penglibatan aktif guru-guru yang mengemukakan soalan serta mencuba sendiri fungsi sistem. Sesi ini bukan sahaja memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai penggunaan SkoolBeez, malah turut meningkatkan keyakinan guru untuk mengaplikasikan sistem ini dalam pengurusan harian sekolah serta memperkukuh pelaksanaan program NILAM secara lebih sistematik dan berkesan.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!