SMK Taman Desa Tebrau menjalani sesi demonstrasi dan latihan pengguna SkoolBeez bagi memastikan guru memanfaatkan sepenuhnya modul Pelan Basic dalam pengurusan harian sekolah.
23 Februari 2026, Pasir Gudang - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi demonstrasi dan latihan pengguna ringkas di SMK Taman Desa Tebrau yang dihadiri oleh Puan Ambia binti Mat (Pengetua), Puan Jalinawaty binti Abdul Jalil (PK Sesi Petang) serta Puan Zanariah binti Iskandar (Guru Perpustakaan dan Media) bersama guru-guru sekolah.
Sesi ini diadakan bagi memberi penerangan menyeluruh berkenaan penggunaan Pelan Basic yang dilanggan sekolah, termasuk modul-modul utama seperti Modul NILAM, Hebahan, Kehadiran, Jadual Waktu dan Kerja Rumah. Penerangan dibuat secara langkah demi langkah bermula daripada proses log masuk, navigasi menu, sehinggalah kepada aliran penggunaan setiap modul dalam tugasan harian guru.
Latihan pengguna turut dijalankan secara praktikal bagi memberi peluang kepada guru mencuba sendiri fungsi sistem menggunakan persekitaran latihan. Guru-guru diberi bimbingan berkaitan cara merekod dan menyemak bacaan NILAM, mengemas kini kehadiran, memuat naik hebahan rasmi sekolah serta mengurus tugasan kerja rumah.
Pihak sekolah memberikan maklum balas positif terhadap sistem yang disifatkan mesra pengguna dan membantu memperkemaskan pengurusan data harian. Cadangan turut dikemukakan agar sistem mempertimbangkan fungsi notifikasi peringatan automatik bagi Modul NILAM dan Kerja Rumah bagi meningkatkan konsistensi pengisian dan pemantauan.
Secara keseluruhannya, sesi berjalan lancar dan menunjukkan tahap penerimaan yang baik terhadap pelaksanaan SkoolBeez dalam menyokong pendigitalan pengurusan sekolah.