SMK Sri Mersing melihat potensi SkoolBeez sebagai platform pengurusan sekolah yang komprehensif, dengan fokus kepada modul PAJSK dan kokurikulum yang mendapat perhatian utama.
12 Mac 2026, Mersing - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi demonstrasi bersama pihak pentadbir dan guru di SMK Sri Mersing yang berlangsung di bilik mesyuarat sekolah. Sesi ini melibatkan En Halim bin Suddin (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan Nor Azura binti Sidek (GPK Mata Pelajaran - Bahasa), Puan Hedayah bt Ab Majid (Guru Perpustakaan dan Media) serta En Mohamad Aminuddin bin Mohd Amin (Pembantu Khidmat Am - Perpustakaan).
Sesi dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai konsep dan fungsi SkoolBeez sebagai platform pengurusan sekolah yang boleh digunakan sebagai sokongan serta medium penyimpanan data tambahan (backup) secara lebih sistematik, walaupun tanpa integrasi langsung dengan sistem KPM. Tayangan montaj turut dipersembahkan bagi memberikan gambaran awal tentang kelebihan dan peranan SkoolBeez sebagai platform bersepadu yang menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu sistem.
Demonstrasi seterusnya memperkenalkan modul-modul utama dalam SkoolBeez yang menyokong pelbagai aspek pengurusan sekolah seperti Pusat Sumber Sekolah (PSS), kokurikulum, PAJSK serta pengurusan data murid. Pada peringkat awal, pihak sekolah menyatakan minat terhadap modul PSS, namun selepas sesi demonstrasi, mereka melihat potensi lebih luas sistem ini dalam membantu pengurusan operasi sekolah secara menyeluruh.
Antara modul yang paling menarik perhatian ialah Modul PAJSK dan Pengurusan Kokurikulum, yang dilihat mampu membantu guru mengurus dan merekod aktiviti murid dengan lebih teratur. Pihak sekolah turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan, termasuk keperluan fungsi perekodan aktiviti secara individu dan pukal bagi memudahkan pengurusan penyertaan pelajar dalam pertandingan berkumpulan. Selain itu, cadangan turut dikemukakan untuk menambah baik kehadiran kokurikulum melalui penggunaan imbasan kad, selaras dengan penggunaan Kad SkoolBeez dalam modul kehadiran harian.
Secara keseluruhannya, sesi ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak sekolah. Demonstrasi yang dijalankan berjaya membuka perspektif baharu kepada pihak pentadbir mengenai potensi SkoolBeez sebagai platform digital yang komprehensif, sekali gus menyokong usaha memodenkan pengurusan sekolah secara lebih tersusun, efisien dan berdata.