SMK Mutiara Rini mengemukakan maklum balas konstruktif terhadap Modul NILAM dan pengurusan kokurikulum, membuka ruang penambahbaikan berterusan bagi memperkukuh ekosistem digital SkoolBeez.
25 Februari 2026, Johor Bahru - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi demonstrasi bersama pihak pengurusan dan guru-guru SMK Mutiara Riniyang dihadiri oleh Puan Suhaibah Mohamed (GPK 1), Puan Nurul Afaaf Mohd Nasir (Setiausaha Kokurikulum), Puan Ismariatul Adlina Ismail (Guru Perpustakaan dan Media) serta guru-guru NILAM.
Sesi dimulakan dengan penerangan ringkas dan tayangan montaj SkoolBeez bagi memberi gambaran menyeluruh tentang fungsi platform dalam menyokong pendigitalan pengurusan sekolah, termasuk aspek komunikasi, pemantauan prestasi pelajar dan penyelarasan aktiviti secara lebih sistematik.
Dalam perbincangan Modul NILAM, guru-guru membangkitkan isu berkaitan integrasi data AINS yang tidak diselaraskan secara automatik dengan SkoolBeez. Cadangan dikemukakan agar satu kaedah lebih ringkas disediakan untuk membolehkan guru memasukkan jumlah bacaan sedia ada sebagai alternatif praktikal bagi tujuan pelaporan dan pemantauan.
Dari sudut pengurusan kokurikulum dan PAJSK, pihak sekolah mencadangkan beberapa penambahbaikan termasuk paparan navigasi yang lebih teratur mengikut kategori aktiviti serta penyediaan butang “Tambah Rekod Aktiviti” untuk memudahkan perekodan secara individu dan pukal oleh guru. Cadangan berkaitan pengelasan penyertaan dan pertandingan dalam PAJSK turut dibincangkan bagi memastikan rekod lebih jelas dan tepat.
Secara keseluruhannya, sesi berjalan lancar dengan maklum balas yang konstruktif dan positif, sekali gus membuka ruang penambahbaikan berterusan bagi memastikan SkoolBeez terus relevan dan memenuhi keperluan sebenar sekolah.