Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202602-08
202602-08

Sesi Taklimat SkoolBeez Bersama Pelajar Tingkatan 2 & 3 SMK Permas Jaya 2

Sesi Taklimat SkoolBeez Bersama Pelajar Tingkatan 2 & 3 SMK Permas Jaya 2

Pelajar Tingkatan 2 dan 3 SMK Permas Jaya 2 diberi pendedahan mengenai pelaksanaan NILAM melalui SkoolBeez bagi memperkukuh amalan membaca secara digital dan sistematik.

24 Februari 2026, Pasir Gudang - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi taklimat bersama pelajar Tingkatan 2 dan 3 di SMK Permas Jaya 2 bagi memberi pendedahan mengenai pelaksanaan Modul NILAM menggunakan platform SkoolBeez. Sesi ini turut melibatkan Puan Norasikin binti Mohd Razi (Pengetua) dan Puan Nik Nur Ainy binti Nik Ibrahim (Guru Perpustakaan dan Media).

Sebelum sesi bersama pelajar, satu penerangan ringkas telah disampaikan kepada pihak pengetua mengenai peranan SkoolBeez dalam menyokong pelaksanaan NILAM secara lebih sistematik, khususnya dari aspek pemantauan, pelaporan dan peningkatan penglibatan pelajar berasaskan data. Pihak sekolah memberikan maklum balas positif dan melihat potensi sistem dalam memperkukuh pengurusan NILAM di sekolah.

Sesi bersama pelajar dimulakan dengan tayangan montaj SkoolBeez, diikuti penerangan terperinci tentang cara merekod bacaan, proses pengesahan aktiviti serta pemantauan pencapaian NILAM melalui sistem. Pelajar diberi penekanan tentang kepentingan merekod bacaan secara konsisten bagi memastikan pencapaian mereka direkod dengan tepat dan teratur.

Sesi diakhiri dengan kuiz interaktif yang mendapat sambutan aktif daripada pelajar. Token penghargaan turut diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan sebagai galakan dan motivasi.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!