Pihak pentadbiran sekolah menunjukkan minat selepas sesi demo SkoolBeez, terutamanya terhadap sistem NILAM dan PSS digital yang moden dan mudah diakses.
Gelang Patah, 10 Disember 2025 — Pihak SkoolBeez telah dijemput oleh SJKT Gelang Patah untuk mengadakan sesi taklimat dan demonstrasi sistem digital sekolah kepada warga pentadbiran dan guru sekolah tersebut. Sesi ini dihadiri oleh:
- Encik Lingeswaran A/L T. Krishnan (Guru Besar)
- Puan Sarasuati A/P Thangarajah (GPK 1)
- Puan Indrakala A/P Subrahmanian (GPK HEM)
- Puan Victoria A/P Sovorimuthu (GPK Kokurikulum)
- Puan Tamilarasi A/P Muniappan (GPK Petang)
- Puan Rajeswari A/P Krishnan (Guru Perpustakaan & Media, GPM)
- Puan Keshavarthani A/P Pushpanathan
Taklimat dimulakan oleh Encik Haris, Ketua Pegawai Pemasaran Bit Extreme, yang memberikan pengenalan ringkas mengenai SkoolBeez dan bagaimana ia bermula daripada projek NILAM Johor (MNJ) sebelum berkembang menjadi ekosistem digital sekolah yang menyeluruh. Beliau turut menerangkan tentang Program Early Access (EAP) dan bagaimana proses langganan untuk sesi akademik 2026 boleh dilaksanakan dengan fleksibel dan berfasa.
Sesi diteruskan dengan tayangan video SkoolBeez yang memberikan gambaran visual menyeluruh tentang fungsi dan impak sistem terhadap operasi sekolah.
Demonstrasi turut dijalankan merangkumi modul NILAM, Kehadiran, Hebahan, Jadual Waktu, Kerja Rumah, Rakan SkoolBeez, Nota Peribadi serta modul PSS. Pelaporan NILAM yang fleksibel dan sistem pinjaman buku secara digital mendapat sambutan positif daripada pentadbir sekolah.
Antara persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan akses sistem dalam kawasan liputan internet rendah, keselamatan data murid, serta peranan dan manfaat Showcase School. Kesemua persoalan telah dijawab dengan tuntas dan meyakinkan.
Sesi berakhir dengan maklum balas yang baik dan pihak sekolah akan meneliti tindakan susulan dalam masa terdekat.
📣 Ingin tahu lebih lanjut tentang SkoolBeez?
Hubungi kami dan jadualkan sesi taklimat ke sekolah anda hari ini.