Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202602-06
202602-06

SJKT Ladang Mados Sertai Program CSR SkoolBeez

SJKT Ladang Mados Sertai Program CSR SkoolBeez

SJKT Ladang Mados menandatangani MoU CSR bersama SkoolBeez dan memulakan pelaksanaan sistem secara langsung sebagai langkah awal pendigitalan pengurusan sekolah.

13 Februari 2026, Pasir Gudang - Satu sesi serahan Memorandum Persefahaman (MoU) dan latihan pengguna telah diadakan bersama pihak SJKT Ladang Mados di bawah inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez. Sesi ini melibatkan Selvamani A/L Selvarajoo, Guru Besar dan  Cikgu Pushpa Rani A/P Subramani Selvan, Guru Perpustakaan dan Media, bersama barisan guru sekolah.

Majlis dimulakan dengan serahan rasmi dan tandatangan MoU sebagai tanda komitmen kedua-dua pihak dalam melaksanakan pendigitalan pengurusan sekolah melalui sistem SkoolBeez.

Seterusnya, demonstrasi ringkas diberikan kepada guru-guru bagi memperkenalkan fungsi asas modul utama seperti Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS), termasuk kaedah log masuk, kemas kini data serta pemantauan maklumat murid.

Sebagai langkah awal pelaksanaan, pihak sekolah telah mula mengemas kini data secara terus dalam portal sebenar (live portal) dengan bimbingan pasukan SkoolBeez. Ini membolehkan penggunaan sistem dimulakan segera sementara menunggu tarikh rasmi serahan kad SkoolBeez murid dan peranti berkaitan.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!