loader
Hentikan Buli
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202510-04
202510-04

SK Bandar Seri Alam Dimeterai Sebagai Sekolah Showcase Rasmi SkoolBeez

SK Bandar Seri Alam Dimeterai Sebagai Sekolah Showcase Rasmi SkoolBeez

Kolaborasi dimeterai bersama Bit Extreme disokong penuh oleh PIBG. Sistem akan dilaksanakan sepenuhnya sebagai model pelaksanaan sekolah digital lengkap.

Bandar Seri Alam, 24 Oktober 2025 — Satu majlis ringkas menandatangani perjanjian kolaborasi telah berlangsung antara Bit Extreme Infotech Sdn. Bhd. dan Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam, sekaligus menjadikan sekolah ini sebagai sekolah showcase rasmi bagi pelaksanaan penuh sistem SkoolBeez.

Majlis ini telah dihadiri oleh Guru Besar Cikgu Yusri bin Zakariah, GPM Cikgu Mohd Haziq bin Jebat, serta Yang Dipertua PIBG, En. Azlan bin Sulaiman. Kolaborasi ini menandakan komitmen bersama antara pihak sekolah dan SkoolBeez dalam merealisasikan transformasi digital menyeluruh terhadap operasi dan pengurusan sekolah.

Sebagai sekolah perintis, SK Bandar Seri Alam akan menjadi model rujukan dalam pelaksanaan sistem secara menyeluruh, meliputi modul-modul utama seperti NILAM digital, pengurusan pusat sumber, kehadiran sekolah, kad QR murid, fasiliti, program/aktiviti dan banyak lagi. Pihak Bit Extreme komited untuk memberikan sokongan teknikal, latihan dan pemantauan pelaksanaan secara berterusan agar proses transisi dapat dijalankan dengan lancar.

Dalam sesi perbincangan, YDP PIBG turut mengemukakan beberapa persoalan kritikal melibatkan aspek praktikal sistem — antaranya infrastruktur sedia ada, kestabilan akses internet, potensi kesesakan semasa pengimbasan kehadiran murid, serta isu kad QR yang mungkin hilang atau tertukar. Semua persoalan dijawab secara telus dan profesional oleh pihak SkoolBeez, termasuk penjelasan bahawa sebarang sistem berpotensi menghadapi cabaran di lapangan, namun ujian lapangan dan pemantauan rapi akan menjadi sebahagian daripada strategi pelaksanaan.

Sebagai langkah susulan, satu sesi demonstrasi penuh sistem SkoolBeez bersama beberapa guru utama dan wakil PIBG akan dijalankan dalam masa terdekat. Sesi ini akan memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melihat secara langsung kefungsian sistem serta mengemukakan soalan secara terbuka sebelum pelaksanaan rasmi dilaksanakan sepenuhnya.

Pihak SkoolBeez amat menghargai inisiatif proaktif dan minat tinggi yang ditunjukkan oleh SK Bandar Seri Alam dalam menjadi antara sekolah pertama yang menyokong dan melaksanakan sistem ini secara holistik. Dengan termeterainya perjanjian ini, ia menjadi satu lagi langkah penting ke arah membina ekosistem sekolah digital yang bersifat inklusif, berstruktur dan berimpak tinggi.

👉 Sekolah anda berminat menjadi sekolah showcase SkoolBeez? Hubungi kami untuk ketahui bagaimana kami boleh bantu sekolah anda ke arah transformasi digital sepenuhnya

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!