SK Seri Nasib Baik, sebuah sekolah kurang murid di Batu Pahat, dipilih menyertai Program CSR SkoolBeez bagi memperkasa pendigitalan pengurusan sekolah melalui modul NILAM, Kehadiran dan PSS.
11 Februari 2026, Batu Pahat – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara pasukan SkoolBeez dan pihak SK Seri Nasib Baik, Batu Pahat yang dihadiri oleh Puan Faezah (Guru Besar), Puan Emiliaton (GPK) dan Puan Hani (Guru Akademik) bagi membincangkan cadangan pelantikan sekolah tersebut sebagai salah satu penerima Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez.
Pemilihan SK Seri Nasib Baik adalah berdasarkan statusnya sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) di kawasan pedalaman yang memerlukan sokongan tambahan dalam aspek pendigitalan pengurusan sekolah. Program CSR ini bertujuan membantu memperluaskan penggunaan sistem pengurusan sekolah secara digital serta meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan data secara lebih sistematik.
Dalam sesi tersebut, demonstrasi ringkas sistem SkoolBeez telah diadakan bagi memberi gambaran tentang fungsi dan potensi pelaksanaan modul dalam operasi harian sekolah. Antara modul utama yang dicadangkan di bawah program CSR ini ialah Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Pihak sekolah bersetuju untuk menggunakan sistem bagi modul yang terlibat serta memberi komitmen terhadap latihan dan pelaksanaan. Pihak Bit Extreme Infotech Sdn Bhd pula akan menyediakan latihan, peranti berkaitan serta sokongan teknikal sepanjang tempoh program.
Perbincangan berakhir dengan persetujuan awal penyertaan dalam program CSR, dan draf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dikemukakan untuk tindakan lanjut.