Sempena Majlis Anugerah NILAM 2025, SK Taman Mutiara Rini diumumkan sebagai sekolah rasmi Showcase SkoolBeez bagi pelaksanaan penuh ekosistem digital sekolah.
Skudai, 2 Disember 2025 – Suasana ceria menyelubungi Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR)apabila Majlis Anugerah NILAM berlangsung meriah bagi menyampaikan sijil dan piala penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam rekod bacaan mereka sepanjang tahun.
Apa yang menjadikan majlis ini lebih bermakna ialah sesi rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)antara pihak sekolah dan syarikat pembangunan sistem pendidikan digital, Bit Extreme Infotech Sdn. Bhd., bagi penggunaan penuh ekosistem SkoolBeez di sekolah.
Dengan termeterainya MoU ini, SKTMR kini menjadi sekolah rasmi SkoolBeez Showcase, sekali gus mengorak langkah sebagai antara pelopor transformasi digital sekolah di Johor. Kolaborasi ini akan membolehkan semua modul utama SkoolBeez digunakan sepenuhnya — dari NILAM digital, PSS, kehadiran, program dan aktiviti, hinggalah ke komunikasi bersama ibu bapa.
Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Guru Besar, Tuan Haji Mohd Faruze bin Iberahim, bersama barisan pentadbir sekolah, guru-guru serta semua murid SKTMR yang menyaksikan majlis tersebut. Beliau menyatakan keyakinan bahawa SkoolBeez mampu mempermudah urusan pentadbiran, mengurangkan beban kerja guru, serta menyokong pencapaian akademik dan sahsiah murid secara lebih menyeluruh.
SkoolBeez dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah atas komitmen tinggi dalam memanfaatkan teknologi digital bagi memajukan ekosistem pendidikan sekolah.
📣 SKTMR kini secara rasmi bergelar SkoolBeez Showcase School! Ikuti jejak langkah mereka ke arah pendigitalan sekolah yang efisien dan tersusun.
👉 Berminat untuk cuba SkoolBeez di sekolah anda? Hubungi kami sekarang!