Kad murid dan label buku QR diserahkan kepada sekolah. Simulasi sistem kehadiran dijalankan dan lokasi strategik pengimbasan dicadang bagi pelaksanaan yang lebih efisien.
Skudai, 30 Oktober 2025 — Pihak SkoolBeez telah mengadakan sesi penyerahan rasmi Kad SkoolBeez serta label buku PSS dengan Kod QR kepada SK Taman Skudai Baru, sebagai sebahagian daripada usaha pelaksanaan sistem digital sepenuhnya di sekolah tersebut. Sesi ini juga merangkumi simulasi penggunaan Modul Hadir Sekolah/Programyang melibatkan murid sebenar dan penggunaan peranti pengimbas seperti yang dirancang untuk kegunaan harian.
Penyerahan Kad SkoolBeez ini bertujuan untuk memperkenalkan kad sebagai alat utama dalam ekosistem digital sekolah, di mana kad tersebut berfungsi untuk pelbagai interaksi termasuk kehadiran harian sekolah, kehadiran ke Pusat Sumber Sekolah (PSS), proses pinjam/pulang buku, serta pemantauan aktiviti murid secara lebih menyeluruh dan sistematik. Kad ini juga bakal menjadi penghubung antara murid, guru dan ibu bapa, dengan potensi pelaporan terus kepada penjaga melalui sistem.
Pihak SkoolBeez turut menjalankan simulasi penggunaan sistem kehadiran, melibatkan murid yang melakukan imbasan kad sebenar dengan peranti khas. Simulasi ini memperlihatkan bagaimana rekod kehadiran dapat dicatat secara automatik tanpa melibatkan guru secara manual, sekaligus mengurangkan beban kerja dan meningkatkan ketepatan pemantauan kehadiran harian murid.
Antara perkara menarik yang dibangkitkan dalam sesi ini ialah cadangan penempatan strategik peranti pengimbasoleh Cikgu Joleena, GPM sekolah. Beberapa lokasi disarankan termasuk:
- Pintu masuk utama sekolah – untuk tujuan imbasan utama kehadiran
- Kawasan laluan utama murid – untuk mengelakkan kesesakan semasa waktu puncak
- Pintu belakang sekolah – bagi murid yang menggunakan laluan alternatif supaya kehadiran tetap direkodkan
Cadangan ini bertujuan untuk memastikan sistem ini praktikal, mesra murid dan berskala penuh dalam konteks sebenar operasi sekolah.
Sebagai langkah seterusnya, satu sesi perjumpaan susulan bersama Guru Besar SK Taman Skudai Baru akan diatur untuk membincangkan rangka pelaksanaan penuh SkoolBeez di peringkat sekolah, termasuk susun atur pelaksanaan, sokongan teknikal dan penyelarasan pelaporan.
Dengan pelaksanaan ini, SK Taman Skudai Baru terus menunjukkan kesediaan dan komitmen untuk menjadi antara sekolah perintis dalam transformasi digital ke arah sekolah pintar melalui sistem SkoolBeez.
👉 Sekolah anda berminat untuk melaksanakan sistem kehadiran digital dan pengurusan PSS melalui SkoolBeez? Hubungi kami hari ini untuk sesi taklimat dan demonstrasi.