SK Tanjong Buai memeterai kerjasama CSR bersama SkoolBeez dengan pelaksanaan sistem digital lengkap, disokong latihan pengguna dan serahan peranti kepada sekolah.
14 April 2026, Kota Tinggi - Satu sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), serahan peranti serta latihan penggunaan sistem SkoolBeez telah diadakan di SK Tanjong Buai, Kota Tinggi sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program ini melibatkan penyertaan penuh warga sekolah, termasuk semua guru dan murid, dalam usaha memperkenalkan penggunaan sistem digital bagi menyokong pengurusan sekolah yang lebih sistematik dan efisien.
Majlis dimulakan dengan sesi menandatangani MoU antara Guru Besar, Tuan Asrul Hisham bin Jasiman dan wakil Bit Extreme Infotech Sdn Bhd sebagai simbolik permulaan kerjasama rasmi. Perjanjian ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam melaksanakan penggunaan sistem SkoolBeez secara menyeluruh, khususnya dalam memperkukuh pengurusan data murid dan operasi harian sekolah melalui pendekatan digital.
Sesi diteruskan dengan penyerahan Kad SkoolBeez kepada murid serta taklimat ringkas dan simulasi penggunaan sistem bagi memberi pendedahan awal secara praktikal. Guru-guru pula mengikuti sesi demonstrasi dan latihan pengguna secara hands-on yang memberi fokus kepada modul utama seperti Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS). Selain itu, mereka turut didedahkan dengan ciri tambahan seperti AI OPR dan perekodan PAJSK secara pukal yang membantu meningkatkan kecekapan pengurusan data.
Menariknya, Guru Besar sendiri turut mencuba fungsi-fungsi sistem yang diperkenalkan dan memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap potensi SkoolBeez dalam memudahkan pelaporan serta memperkemas pengurusan sekolah. Pendekatan latihan secara simulasi dan praktikal ini dilihat berjaya meningkatkan kefahaman serta keyakinan pengguna untuk mengaplikasikan sistem dalam tugasan harian.
Program diakhiri dengan sesi simbolik penyerahan peranti kepada pihak sekolah sebagai sokongan kepada pelaksanaan sistem, khususnya bagi kegunaan pengimbasan kehadiran dan pengurusan modul berkaitan. Secara keseluruhannya, sesi ini berjalan dengan lancar dan menunjukkan potensi besar SkoolBeez dalam menyokong usaha pendigitalan sekolah, terutamanya bagi sekolah berskala kecil.