SkoolBeez Dirai Dalam Perasmian Minggu PSS SMK Taman Desa Jaya
Isnin, 08 September 2025


SkoolBeez
Isnin, 08 September 2025
Jemputan rasmi daripada Pengetua Pn. Hajah Mahani beri ruang kepada SkoolBeez kongsi manfaat digitalisasi PSS dan NILAM kepada guru dan murid dalam sesi taklimat khas sempena minggu PSS.
Johor Bahru, 8 September 2025 — Pasukan SkoolBeez telah diberi penghormatan untuk hadir ke SMK Taman Desa Jaya bagi merasmikan Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) atas jemputan rasmi Pengetua, Puan Hajah Mahani binti Abd Majid. Kehadiran ini juga diselaraskan bersama barisan guru utama yang terlibat, iaitu GPM Cikgu Nurul Afiqah binti Ab Rasid, Guru NILAM Cikgu Nor Masyitah binti Dhiauddin, serta Guru ICT, Cikgu Najjwa.
Program dimulakan seawal pagi dengan taklimat ringkas selama 10 minit kepada murid sesi pagi, khusus untuk memberi pendedahan awal tentang penggunaan SkoolBeez NILAM dan bagaimana platform ini memudahkan mereka merekod dan memantau bacaan harian secara kendiri.
Sesi diteruskan dengan taklimat utama yang berlangsung selama hampir 2 jam bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi, melibatkan Guru NILAM dan Guru ICT sekolah. Fokus utama sesi ini adalah penerangan terperinci berkenaan SkoolBeez PSS, yang merangkumi pengurusan bahan bacaan, peminjaman, pemulangan, penjanaan laporan automatik serta fungsi integrasi NILAM dalam satu sistem berpusat.
Sepanjang taklimat, guru-guru diberi peluang untuk melihat demonstrasi sistem secara langsung, memahami bagaimana SkoolBeez menyokong operasi harian PSS secara digital, dan bagaimana modul ini dapat disesuaikan dengan struktur pentadbiran sedia ada di sekolah menengah. Soal jawab turut diadakan secara terbuka untuk memberi penjelasan tentang penggunaan sebenar, termasuk bagaimana guru ICT boleh menyokong pelaksanaan teknikal sistem ini di peringkat sekolah.
Kehadiran SkoolBeez dalam program rasmi seperti ini menunjukkan betapa pentingnya kolaborasi antara penyedia teknologi pendidikan dan pentadbiran sekolah dalam memacu transformasi digital yang inklusif dan bersifat menyeluruh.
👉 Ingin SkoolBeez bersama anda dalam program sekolah seperti Minggu PSS atau NILAM? Hubungi kami hari ini untuk jadualkan lawatan dan sesi bersama guru serta murid.