SkoolBeez menerima jemputan pertama daripada sekolah swasta berasaskan silibus KPM di Batu Pahat dan mendapat persetujuan awal untuk pelaksanaan sistem selepas sesi demonstrasi.
11 Februari 2026, Batu Pahat – Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi demonstrasi bersama barisan pengurusan dan pentadbir Sekolah Menengah Tiong Nam yang dihadiri oleh Dr. Liew (Director), Mr. Jia How (Director), Cikgu Syah (GPK 1), Cikgu Loke (GPK HEM) serta Cikgu Cheo Yang (Guru Akademik).
Sesi dimulakan dengan tayangan montaj dan penerangan ringkas mengenai modul-modul utama SkoolBeez termasuk Modul NILAM, Modul Kehadiran serta Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS). Simulasi Imbas QR Kehadiran dan proses Pinjam/Pulang bahan bacaan turut didemonstrasikan secara masa nyata bagi memberi gambaran jelas tentang keberkesanan sistem dalam operasi harian sekolah.
Sepanjang sesi, pihak sekolah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan seperti pilihan bahasa sistem, templat sijil NILAM berwarna, fungsi imbas keluar (check-out) kehadiran, serta cadangan modul khas pengurusan pertandingan. Pasukan SkoolBeez menyambut baik cadangan-cadangan tersebut sebagai nilai tambah untuk pembangunan akan datang.
Sesi berakhir dengan persetujuan pihak pengurusan sekolah untuk menggunakan sistem SkoolBeez, dan sebut harga telah dihantar bagi tindakan lanjut. Ini merupakan kali pertama SkoolBeez dijemput mengadakan demonstrasi di sekolah swasta yang menggunakan silibus KPM, sekali gus membuka ruang peluasan baharu bagi ekosistem SkoolBeez.