SkoolBeez PSS dan modul Program NILAM terima pujian guru seluruh negara dan beberapa negeri minat untuk jemput sesi taklimat penuh.
Bangi, 23 November 2025 – SkoolBeez telah mencuri tumpuan ramai apabila menyertai pameran sempena Konvensyen Guru Perpustakaan dan Media Malaysia Kali Ke-4 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Acara anjuran PGPMM ini menghimpunkan hampir 150 orang GPM (Guru Perpustakaan dan Media) dari seluruh negeri di Malaysia.
Sesi pameran yang diadakan sepanjang konvensyen tersebut membuka ruang kepada pihak SkoolBeez untuk memperkenalkan pelantar digital mereka kepada khalayak lebih luas — bukan hanya dari Johor, tetapi juga GPM dari seluruh negara.
SkoolBeez PSS dan modul Program NILAM digital nyata menjadi bualan utama sepanjang pameran. Ramai GPM yang teruja dan menyatakan bahawa sistem SkoolBeez sangat mesra pengguna, cekap, dan mudah diakses. Antara kelebihan yang disebut termasuk:
- Paparan laporan bacaan mengikut kelas, individu, atau keseluruhan sekolah
- Carian data NILAM yang stabil dan pantas
- Rekod bacaan yang boleh dijana automatik untuk semakan dan pelaporan
- Subsistem PSS yang lengkap dan siap sedia untuk digunakan secara sistematik
Beberapa GPM dari negeri luar Johor turut menyatakan minat untuk menjemput pihak SkoolBeez ke negeri masing-masing bagi sesi taklimat dan demonstrasi penuh. Malah, terdapat cadangan supaya sistem ini dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar ianya mendapat pengiktirafan rasmi serta boleh digunakan di peringkat nasional sebagai sistem NILAM alternatif yang moden dan tersusun.
Lebih menarik, ramai GPM kagum bahawa akses kepada SkoolBeez boleh ditawarkan dengan kos serendah RM3.00 per murid setahun, namun memberikan capaian kepada pelbagai modul komprehensif untuk murid dan guru.
Dalam konvensyen yang sama, pelancaran rasmi Sistem PGPMM turut dilakukan, dan ini sekali gus memperkenalkan Bit Extreme Infotech Sdn Bhd — pembangun sistem tersebut — sebagai syarikat yang bertanggungjawab membangunkan SkoolBeez. Kehadiran ini memberikan keyakinan kepada ramai bahawa SkoolBeez bukan sekadar konsep, tetapi sebuah produk yang sudah terbukti digunakan, khususnya di negeri Johor.
📣 Sekolah anda berminat mencuba SkoolBeez? Hubungi kami untuk sesi demo atau sertai program Early Access hari ini!