Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202512-06
202512-06

SMK Seri Alam 2 Tertarik dengan Fungsi AI SkoolBeez, Bersetuju Langgan Pelan Basic

SMK Seri Alam 2 Tertarik dengan Fungsi AI SkoolBeez, Bersetuju Langgan Pelan Basic

Demo SkoolBeez membuka mata pentadbiran SMK Seri Alam 2 dengan ciri pintar AI dan laporan automatik. Sekolah bersetuju langgan Pelan Basic sebagai langkah awal transformasi digital.

Seri Alam, 17 Disember 2025 — Satu sesi perjumpaan rasmi telah diadakan di SMK Seri Alam 2 antara pihak pentadbiran sekolah dan wakil SkoolBeez bagi membincangkan potensi pelaksanaan sistem SkoolBeez di sekolah tersebut.

Perjumpaan melibatkan Pengetua Puan Siti Baizura binti Shariff, GPK Pentadbiran Puan Zalifah binti Ismail, dan Encik Muhamad Haris bin Rosman, Ketua Pegawai Pemasaran Bit Extreme Infotech Sdn. Bhd.

Dalam sesi demonstrasi yang disampaikan oleh Encik Haris, fokus diberikan kepada modul-modul di bawah Pelan Basic dan Pelan Plus. Antara yang paling mencuri perhatian ialah ciri AI Bantu, yang memudahkan guru menyemak dan menapis rekod bacaan NILAM murid serta menjana One Page Report (OPR) dalam Modul PSS secara automatik dan kemas.

Pihak sekolah turut menghargai sistem pelaporan NILAM yang tersusun dan fleksibel, boleh dijana mengikut peringkat sekolah, kelas dan murid, serta reka bentuk sijil NILAM yang menarik dan bersedia dicetak. Pihak pentadbiran mengakui bahawa faktor reputasi Bit Extreme sebagai pembangun Modul Nilam Johor juga memainkan peranan dalam keyakinan mereka terhadap SkoolBeez.

Sebagai langkah permulaan, SMK Seri Alam 2 bersetuju untuk melanggan Pelan Basic (RM3/pelajar) terlebih dahulu, dengan hasrat untuk menaik taraf ke pelan lebih tinggi pada masa akan datang mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.

📌 Mahu tahu bagaimana SkoolBeez boleh bantu sekolah anda?
Hubungi kami untuk sesi demo dan perbincangan awal bersama pentadbir sekolah.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!