Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202601-06
202601-06

SMK Seri Kota Puteri 2 Cakna Digital: Taklimat SkoolBeez Tarik Minat Pengurusan & Pengawas PSS

SMK Seri Kota Puteri 2 Cakna Digital: Taklimat SkoolBeez Tarik Minat Pengurusan & Pengawas PSS

SMK Seri Kota Puteri 2 menyambut baik usaha pendigitalan melalui taklimat menyeluruh bersama SkoolBeez, melibatkan pentadbir, guru dan 30 orang Pengawas PSS. Sistem NILAM dan kehadiran berbasis QR menarik minat, manakala latihan interaktif dan simulasi menjadikan sesi lebih bermakna.

23 Januari 2026 – SMK Seri Kota Puteri 2, Pasir Gudang menerima kunjungan pasukan SkoolBeez bagi sesi taklimat dan latihan pengguna yang melibatkan pentadbir sekolah, guru-guru Pusat Sumber Sekolah (PSS), serta 30 orang Pengawas PSS. Sesi ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan sistem SkoolBeez secara menyeluruh kepada warga sekolah dan mempersiapkan sekolah untuk melangkah ke arah pendigitalan pengurusan sekolah secara lebih sistematik dan moden.

Taklimat dimulakan dengan penerangan oleh pihak SkoolBeez kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Hazuranosika binti Abd Samad. Antara modul yang diperkenalkan termasuk Modul NILAM, Hadir Sekolah/Program, serta paparan laporan yang dijana secara automatik. Sistem ini turut menyediakan fungsi QR Kad yang dijana automatik, sesuai dengan keperluan sekolah yang sedang merancang untuk memperkenalkan sistem kehadiran secara masa nyata (real-time). Ciri-ciri seperti paparan nama kelas murid dan analisis peratus kehadiran dilihat sangat membantu pentadbir dalam memantau kehadiran murid dengan lebih teliti.

Sekolah turut menunjukkan minat untuk menjadi salah satu SkoolBeez Showcase School, seiring dengan peranannya sebagai Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) di bawah inisiatif kerajaan negeri. Ini menunjukkan keterbukaan pihak sekolah dalam meneroka teknologi pendidikan yang memberi impak kepada kualiti pengurusan dan pembelajaran.

Sesi taklimat turut diteruskan bersama Guru Perpustakaan dan Media (Pn. Nor Azlina binti Muhammad) dan guru-guru PSS, yang diberikan latihan langsung berkaitan pengurusan bahan bacaan, pengkatalogan, serta pelantikan guru dan murid dalam sistem. Kaedah memuat naik data menggunakan fail Excel, serta penjanaan Kad SkoolBeez juga ditunjukkan bagi memastikan pengurusan data sekolah berjalan lancar.

Sebagai persediaan awal, 30 orang Pengawas PSS telah diberi latihan berkaitan pengurusan PSS menggunakan sistem SkoolBeez. Latihan ini meliputi proses sirkulasi pinjaman dan pemulangan buku secara digital, serta simulasi lakonan oleh murid tentang penggunaan sistem di PSS. Modul Rakan SkoolBeez yang membolehkan murid berinteraksi dalam aplikasi turut menarik perhatian mereka. Kebimbangan guru terhadap aspek pemantauan juga dijelaskan oleh pihak SkoolBeez yang menegaskan bahawa sistem pemantauan sentiasa aktif untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian kandungan sentiasa terpelihara.

Sebagai pengakhiran sesi, kuiz interaktif dijalankan bagi menguji kefahaman murid terhadap modul yang telah diperkenalkan. Murid-murid sangat aktif menjawab soalan dan hadiah turut diberikan sebagai motivasi dan penghargaan. Hadiah istimewa berbentuk barangan elektronik turut disampaikan oleh pihak SkoolBeez kepada GPK, GPM dan guru-guru PSS atas kerjasama mereka sepanjang sesi. Pihak sekolah juga menyampaikan sijil penghargaan dan buah tangankepada pasukan SkoolBeez sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan sistem ini.

Secara keseluruhan, sesi ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman warga sekolah terhadap SkoolBeez, tetapi turut membuka ruang untuk kerjasama jangka panjang ke arah transformasi digital pendidikan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!