20 Julai 2026, Kulai - satu detik bersejarah telah tercipta apabila SMK Seri Pulai Perdana secara rasmi diiktiraf sebagai Showcase School SkoolBeez menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di sekolah tersebut. Kerjasama strategik ini menandakan komitmen bersama antara SkoolBeez dan pihak sekolah dalam memperkasakan transformasi digital pendidikan serta menjadikan SMK Seri Pulai Perdana sebagai sekolah rujukan bagi pelaksanaan ekosistem digital SkoolBeez.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan, bacaan doa serta nyanyian Lagu Negeri Johor dan Negaraku sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Pengetua, Tuan Roslee bin Jarkasi. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada SkoolBeez atas kepercayaan yang diberikan kepada SMK Seri Pulai Perdana untuk memikul peranan sebagai Showcase School. Kemuncak majlis menyaksikan gimik pelancaran yang melibatkan Pengetua bersama wakil pelajar mengimbas Kad SkoolBeez sebagai simbolik permulaan penggunaan ekosistem digital secara menyeluruh di sekolah.
Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) menjadi detik penting yang memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak. Melalui kerjasama ini, SMK Seri Pulai Perdana akan berperanan sebagai sekolah contoh dalam mempamerkan pelaksanaan pelbagai modul SkoolBeez, sekali gus menjadi lokasi rujukan bagi sekolah-sekolah lain yang ingin melaksanakan transformasi digital pengurusan sekolah secara lebih sistematik dan berkesan.
Sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap inisiatif ini, SkoolBeez turut menyampaikan Sijil Pengiktirafan Showcase School kepada pihak sekolah serta menyerahkan sumbangan peranti digital bagi membantu memperkukuhkan pelaksanaan sistem. Inisiatif ini mencerminkan komitmen SkoolBeez bukan sahaja dalam membangunkan teknologi pendidikan, malah memastikan sekolah menerima sokongan yang diperlukan untuk memaksimumkan manfaat penggunaan platform tersebut.
Pemilihan SMK Seri Pulai Perdana sebagai Showcase School merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan SkoolBeez memperluaskan ekosistem digital pendidikan di Malaysia. Diharapkan kerjasama strategik ini akan menjadi penanda aras kepada lebih banyak sekolah untuk mengadaptasi penyelesaian digital yang mampu meningkatkan kecekapan pengurusan, memperkukuh budaya inovasi serta menyokong aspirasi pendigitalan pendidikan negara.