SK Taman Mutiara Rini mengadakan sesi taklimat interaktif SkoolBeez bersama murid sebagai langkah awal memperkenalkan sistem digital sekolah. Tayangan video, persembahan pengawas PSS, kuiz serta pemasangan peranti dilaksanakan bagi memastikan pemahaman dan persediaan pelaksanaan sistem berjalan lancar.
20 Januari 2026 | Johor Bahru — Sebagai SkoolBeez Showcase School, SK Taman Mutiara Rini terus menunjukkan komitmen terhadap pendigitalan sekolah dengan mengadakan sesi taklimat interaktif bersama murid. Taklimat ini dipimpin oleh Guru Besar, Tuan Haji Mohd Faruze bin Iberahim dan GPM, Puan Hasimah Binti Hassan.
Sesi dimulakan dengan gimik penyerahan item SkoolBeez, diikuti tayangan video montaj dan demonstrasi modul NILAM dan PSS. Persembahan lakonan oleh pengawas PSS berjaya menarik perhatian murid dan menunjukkan penggunaan sebenar sistem dalam aktiviti harian sekolah.
Beberapa kuiz interaktif turut dijalankan bagi menguji kefahaman murid, disertai hadiah dan cenderamata sebagai motivasi. Murid menunjukkan penglibatan aktif sepanjang sesi berlangsung.
Pihak SkoolBeez turut membantu dari segi pemasangan peranti serta memberi penerangan penggunaan asas kepada guru-guru, bagi memastikan pelaksanaan sistem dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.