Taklimat SkoolBeez di SK Taman Rinting 2 telah membuka ruang kepada 50 orang guru untuk mengenali dan mencuba sendiri sistem SkoolBeez, dengan penekanan kepada Modul NILAM dan Hebahan sebagai alat bantu PdP harian.
21 Januari 2026 – Satu sesi taklimat dan latihan pengguna SkoolBeez telah diadakan di SK Taman Rinting 2, disertai oleh lebih 50 orang guru. Taklimat dimulakan dengan tayangan video montaj sebagai pengenalan kepada konsep ekosistem digital SkoolBeez, sebelum diikuti dengan penerangan ringkas oleh pasukan SkoolBeez.
Fokus utama sesi adalah kepada modul-modul dalam Pelan Basic, khususnya Modul NILAM, Modul Hebahan, dan modul sokongan lain yang berkaitan pengurusan harian guru dan murid. Para guru diberi peluang mencuba sendiri sistem secara hands-on dalam sesi latihan pengguna.
Antara maklum balas yang diterima termasuk cadangan agar paparan Hebahan disusun mengikut Darjah/Tingkatan, selain paparan mengikut kelas, bagi memperluas capaian maklumat. Guru-guru turut menunjukkan minat terhadap Laporan dan Sijil Bintang NILAM yang boleh dijana secara automatik melalui sistem.
Sesi ini telah dikendalikan dengan kerjasama Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Cikgu Wan Maidatul Razimah Binti Shamsudin, dan menjadi titik permulaan kepada eksplorasi penuh terhadap SkoolBeez sebagai platform transformasi digital sekolah.