loader

Taklimat SkoolBeez di SK Taman Skudai Baru Terima Sokongan Penuh Guru Besar

Isnin, 02 Jun 2025

Taklimat SkoolBeez di SK Taman Skudai Baru Terima Sokongan Penuh Guru Besar

Dalam sesi taklimat bersama pentadbiran sekolah, SkoolBeez berkongsi potensi pendigitalan Pusat Sumber. Sokongan padu daripada Guru Besar menjadi pemangkin pelaksanaan SkoolBeez di peringkat sekolah.

Skudai, 5 Mei 2025 — SkoolBeez telah berpeluang mengadakan sesi taklimat dan pembentangan di SK Taman Skudai Baru atas jemputan Guru Besar, Tuan Abdul Hamid bin Ismail. Sesi ini telah diaturkan oleh GPM iaitu Cikgu Joolena dan turut hadir dalam sesi ini ialah barisan pentadbiran sekolah serta beberapa orang guru yang komited untuk meneroka potensi pendigitalan pendidikan.

Dalam sesi pembentangan ini, pihak SkoolBeez telah memperkenalkan keseluruhan platform, dengan fokus utama kepada subsistem SkoolBeez PSS yang direka khusus untuk memacu transformasi Pusat Sumber Sekolah ke arah digital. Antara topik utama yang dikongsikan termasuk:

  1. Kelebihan platform SkoolBeez dalam pengurusan sekolah moden
  2. Peranan SkoolBeez PSS dalam menyokong literasi maklumat dan NILAM digital
  3. Penerangan mengenai Program Early Access (EAP) yang membolehkan sekolah mencuba SkoolBeez terlebih dahulu sebelum pelaksanaan penuh

Sesi turut disusuli dengan sesi soal jawab yang berlangsung secara terbuka dan interaktif, bagi memberi ruang kepada pihak sekolah mendapatkan gambaran yang jelas dan menjawab sebarang keraguan.

Pihak sekolah, terutamanya Guru Besar sendiri, amat menyokong pelaksanaan SkoolBeez kerana melihat potensinya dalam memberi impak besar kepada ekosistem pendidikan sekolah. Selesai sesi pembentangan, pasukan SkoolBeez turut dibawa melawat Pusat Sumber Sekolah untuk berbincang lebih lanjut mengenai pelaksanaan PSS digital secara realistik dan bersesuaian dengan keperluan sekolah.

Sokongan daripada pentadbir seperti di SK Taman Skudai Baru menjadi pemangkin semangat kami untuk terus memperluaskan manfaat SkoolBeez ke lebih banyak sekolah di seluruh negara.

👉 Minat untuk mengetahui lebih lanjut atau mencuba SkoolBeez di sekolah anda? Sertai Program EAP hari ini!

Gallery

logo

Fokus Pada Idea Hebat Anda,
Kami Uruskan Pembangunannya.

Dengan pengalaman serta kepakaran yang luas dalam pembangunan aplikasi dan sistem, kami pastikan idea hebat anda dihasilkan menjadi penyelesaian teknologi yang unggul, mudah digunakan dan berskala.