loader
Hentikan Buli
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202511-02
202511-02

UTM Jalankan Kajian Keberkesanan SkoolBeez NILAM di SMK Kota Masai

UTM Jalankan Kajian Keberkesanan SkoolBeez NILAM di SMK Kota Masai

Melibatkan 60 pelajar dan guru, kajian menilai kepuasan, keberkesanan pemantauan dan impak budaya membaca. SMK Kota Masai guna SkoolBeez NILAM sepenuhnya.

Pasir Gudang, 10 November 2025 — Satu sesi kajian keberkesanan pelaksanaan NILAM digital melalui platform SkoolBeez telah dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di SMK Kota Masai, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh dasar pendigitalan pendidikan di peringkat sekolah menengah. Kajian ini diketuai oleh Dr. Mohd Khairudin bin Ramliy, pensyarah kanan Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM dan dibantu oleh Puan Almi binti Mahmod.

Kajian ini dijalankan dengan kerjasama rapat pihak sekolah yang diwakili oleh Pengetua, Sir Subramaniyan a/l Dorasamy, serta GPM, Puan Fadila binti Ithnain, melibatkan 60 orang murid Tingkatan 1 yang merupakan pengguna aktif modul SkoolBeez NILAM di sekolah tersebut. Menariknya,  menggunakan SkoolBeez NILAM sepenuhnya sebagai platform utama perekodan dan pemantauan bacaan murid.

Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha di bawah kerangka kerjasama Triple Helix (Universiti–Industri–Komuniti), yang menggabungkan peranan institusi akademik, penyedia teknologi, dan pihak sekolah dalam membentuk ekosistem pendidikan digital yang mampan dan berimpak tinggi.

Objektif kajian merangkumi:

  1. Menilai tahap penerimaan dan kepuasan pelajar dan guru terhadap penggunaan SkoolBeez NILAM
  2. Mengkaji keberkesanan sistem dalam pemantauan dan pelaporan bacaan murid secara digital
  3. Menilai kesan pendigitalan terhadap motivasi membaca dan budaya literasi di sekolah
  4. Mendapatkan maklum balas guru NILAM dan GPM mengenai cabaran sebenar dan potensi penambahbaikan sistem
  5. Menyediakan asas kukuh untuk penambahbaikan SkoolBeez serta menyokong aspirasi pendidikan abad ke-21 dan Pelan Strategik KPM 2025

Pelaksanaan penuh SkoolBeez NILAM di SMK Kota Masai menjadi contoh bagaimana penggunaan sistem digital yang konsisten dan sistematik mampu memberikan data yang sah dan bermanfaat bagi tujuan kajian dan penambahbaikan polisi pendidikan.

Kajian ini dijangka akan memberikan dapatan yang penting untuk mempertingkat pengalaman pengguna, membina kepercayaan lebih luas terhadap penggunaan SkoolBeez, dan menjadi asas pelaksanaan berskala besar di sekolah menengah seluruh negara.

👉 Sekolah anda juga ingin melaksanakan SkoolBeez NILAM secara penuh? Sertai kami dalam transformasi budaya membaca dan literasi digital hari ini.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!