Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
Subsistem PIBG

Sistem PIBG Digital:
Kerjasama Lebih Erat

Subsistem PIBG dalam SkoolBeez memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa melalui pengurusan mesyuarat digital, komunikasi dua hala, kutipan sumbangan tanpa tunai, dan dokumentasi teratur. Platform e-PIBG moden untuk sekolah Malaysia.

Paparan antara muka Subsistem PIBG SkoolBeez untuk pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru digital
Kerjasama
Mesyuarat Digital

Jemputan & pengesahan online

Komunikasi 2 Hala

Saluran maklum balas rasmi

Dokumentasi Teratur

Minit & laporan tersimpan

Kutipan Tanpa Tunai

Sumbangan digital & telus

Kenapa Pilih Subsistem PIBG?

Menjadikan PIBG lebih transparens, responsif dan efisien dalam satu sistem.

Pengurusan Mesyuarat & Hebahan

Sekolah boleh menjemput ibu bapa secara terus melalui sistem, mengedarkan agenda mesyuarat dan menyediakan bahan sokongan secara digital.

Penyertaan & Maklum Balas Ahli

Ibu bapa boleh memberikan cadangan atau menyatakan sokongan terhadap usul dan keputusan secara telus melalui platform SkoolBeez.

Rekod Aktiviti & Laporan Teratur

Semua minit mesyuarat, laporan aktiviti dan sumbangan direkod secara sistematik dan boleh dicapai bila-bila masa.

Sumbangan & Kutipan Digital

Menyokong kutipan sumbangan PIBG secara tanpa tunai, dengan rekod pembayaran automatik dan resit digital untuk setiap transaksi.

Siapa Terlibat dalam PIBG?

Subsistem PIBG menghubungkan pihak sekolah, ibu bapa dan jawatankuasa dalam satu platform.

Pihak Sekolah

  • Urus mesyuarat & agenda
  • Hantar jemputan rasmi
  • Muat naik laporan & minit
  • Pantau kutipan sumbangan

Ibu Bapa / Ahli PIBG

  • Terima jemputan mesyuarat
  • Beri maklum balas & usul
  • Bayar sumbangan online
  • Akses rekod & dokumen

Jawatankuasa PIBG

  • Urus aktiviti & program
  • Sediakan laporan kewangan
  • Koordinasi dengan sekolah
  • Semak status sumbangan

Terokai Lebih Lanjut

Ciri pengurusan mesyuarat PIBG digital dalam SkoolBeez dengan jemputan dan agenda online

Mesyuarat PIBG yang Sistematik

Dengan tarikh, masa, agenda dan lampiran berkaitan.

Mudahkan pihak sekolah merancang dan merekod quorum.

Galakkan ibu bapa hadir dengan maklumat lengkap.
Ciri komunikasi dua hala antara sekolah dan ibu bapa dalam Subsistem PIBG

Komunikasi Dua Hala Sekolah–Ibu Bapa

Bukan dicampur dalam hebahan umum kepada semua ibu bapa.

Ibu bapa boleh beri maklum balas kepada pihak pentadbir sekolah.

Semua tindakan dan komunikasi direkod dan dimaklumkan dengan jelas.
Ciri dokumentasi dan rekod teratur dalam Subsistem PIBG untuk minit mesyuarat dan laporan

Rekod dan Dokumentasi Teratur

Mudah dicapai semasa AGM atau semakan semula.

Disimpan secara selamat dalam sistem untuk rujukan bila-bila masa.

Memudahkan audit atau pemantauan luar.
Ciri kutipan sumbangan PIBG tanpa tunai dengan resit digital automatik

Kutipan Sumbangan Tanpa Tunai

Sama ada melalui e-wallet, FPX atau kaedah lain.

Bukti bayaran disimpan dalam sistem dan akaun ibu bapa.

Transparens penuh untuk jumlah terkumpul dan status bayaran.

Soalan Lazim PIBG

Jawapan kepada soalan yang sering ditanya mengenai sistem pengurusan PIBG digital dalam SkoolBeez.

Subsistem PIBG adalah platform digital dalam SkoolBeez yang memudahkan pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sistem ini merangkumi pengurusan mesyuarat, komunikasi dua hala antara sekolah dan ibu bapa, kutipan sumbangan tanpa tunai, serta penyimpanan dokumentasi dan rekod secara teratur.

Sekolah boleh menghantar jemputan mesyuarat terus ke akaun ibu bapa dengan tarikh, masa, agenda dan lampiran berkaitan. Ibu bapa boleh membuat pengesahan kehadiran secara online, dan sistem akan merekod quorum secara automatik. Minit mesyuarat terdahulu juga boleh diakses melalui pautan yang disediakan.

Ya, sistem menyediakan saluran komunikasi dua hala di mana ibu bapa boleh memberikan cadangan, usul, atau pertanyaan kepada pihak pentadbir sekolah. Semua maklum balas direkod dan dimaklumkan dengan jelas, memastikan transparensi dalam pengurusan PIBG.

Ibu bapa boleh membuat pembayaran sumbangan PIBG secara dalam talian melalui e-wallet, FPX, atau kaedah pembayaran digital lain. Resit dikeluarkan secara automatik dan disimpan dalam sistem. Pentadbir sekolah boleh melihat rekod kutipan dengan transparensi penuh termasuk jumlah terkumpul dan status bayaran setiap ahli.

Subsistem PIBG boleh diakses oleh tiga pihak utama: Pihak Sekolah (pentadbir, guru besar) untuk mengurus mesyuarat dan hebahan; Ibu Bapa/Ahli PIBG untuk menerima jemputan, memberi maklum balas, dan membayar sumbangan; serta Jawatankuasa PIBG untuk mengurus aktiviti, menyediakan laporan kewangan, dan menyelaras dengan sekolah.

Ya, semua minit mesyuarat, laporan aktiviti, laporan kewangan, dan lampiran disimpan secara selamat dalam sistem dan disusun mengikut sesi/tahun. Dokumen tidak akan hilang atau tercicir, dan boleh dicapai bila-bila masa untuk rujukan, termasuk semasa AGM atau pemantauan oleh pihak JPN/PPD.

Ya, Subsistem PIBG sangat sesuai untuk pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Sekolah boleh menghantar jemputan rasmi, mengumpul pengesahan kehadiran untuk quorum, menyediakan agenda dan laporan tahunan secara digital, serta merekod minit mesyuarat untuk rujukan masa hadapan.

Sistem PIBG digital menawarkan banyak kelebihan: penyebaran maklumat lebih pantas dan meluas, pengesahan kehadiran automatik, kutipan sumbangan tanpa tunai yang telus, dokumentasi teratur dan mudah diakses, komunikasi dua hala yang lebih efisien, serta mengurangkan penggunaan kertas dan kos pengurusan.

Terokai Modul Lain: Lihat Semua Modul | Hubungi Kami

Perkukuhkan Hubungan Sekolah & Ibu Bapa!

Dengan Subsistem PIBG SkoolBeez, pengurusan mesyuarat, komunikasi dan sumbangan menjadi lebih telus, teratur dan efisien.

Hubungi Kami