loader
Hentikan Buli
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202511-03
202511-03

31 Sekolah PPD Johor Bahru Hadiri Taklimat Eksklusif SkoolBeez di Pejabat Utama

31 Sekolah PPD Johor Bahru Hadiri Taklimat Eksklusif SkoolBeez di Pejabat Utama

Taklimat dan demo eksklusif perkasa guru dengan platform SkoolBeez, disertai pembentangan khas dari UTM dan respon positif daripada sekolah-sekolah terlibat.

Johor Bahru, 20 November 2025 – Seramai 31 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) mewakili 18 sekolah menengah dan 13 sekolah rendah dari bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru telah menghadiri sesi taklimat khas bertajuk “Program Taklimat Platform Digital SkoolBeez” di pejabat utama SkoolBeez. Program ini dianjurkan oleh SkoolBeez untuk memberi pendedahan langsung mengenai platform digital sekolah yang menyeluruh dan menyokong aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD) 2023–2030.

Sesi dimulakan dengan ucapan ringkas dan santai oleh CEO Bit Extreme Infotech Sdn Bhd, Encik Alishamuddin bin Enjom, yang menekankan bagaimana SkoolBeez dibangunkan hasil daripada pengalaman membina Modul NILAM Johor (MNJ) sejak 2022. Melalui ratusan ribu rekod bacaan dan ratusan sekolah, lahirlah SkoolBeez sebagai satu ekosistem digital sekolah yang direka bagi mengurangkan beban guru, bukan menambah kerja.

Beliau turut menyeru sekolah untuk memberi peluang kepada SkoolBeez, bukan untuk menandatangani sebarang perjanjian, tetapi untuk mencuba dan menilai sendiri keberkesanannya, khususnya dalam pengurusan NILAM, PSS, kehadiran, program dan aktiviti sekolah.

“Guru sebenarnya bersedia untuk digital—cuma sistem mesti membantu, bukan menyusahkan,” kata beliau sambil menerima respons positif dari peserta.

Slot seterusnya menampilkan Dr. Mohd Khairuddin bin Ramliy, Pensyarah Kanan dari Azman Hashim International Business School (AHIBS), UTM, yang membentangkan dapatan kaji selidik ke atas pelaksanaan SkoolBeez NILAM di sekolah-sekolah terlibat. Kajian menunjukkan bahawa:

  1. 95% pelajar dan guru memberikan maklum balas positif
  2. Guru menghargai pelaporan automatik dan semakan digital
  3. Pelajar lebih bermotivasi dengan fungsi bintang, dashboard dan ranking

Dr. Khairuddin juga menekankan bahawa SkoolBeez selaras dengan arah tuju DPD 2023–2030, terutamanya dari sudut:

  1. Pendigitalan pusat sumber dan kecekapan guru
  2. Pembinaan literasi digital dan pengurusan pembelajaran berasaskan data
  3. Pengurangan kerja manual dan berulang

Beliau mengangkat SkoolBeez sebagai komponen penting dalam merealisasikan ekosistem sekolah digital abad ke-21.

Slot seterusnya adalah demo sistem oleh pasukan teknikal SkoolBeez, yang diketuai oleh Puan Siti Qursyina dan Encik Khairul Najmi, telah melakukan demonstrasi sistem penuh bermula daripada:

  1. Log masuk pengguna
  2. Modul Pengurusan Pengguna
  3. Modul NILAM, PSS dan Kehadiran
  4. Ciri baharu seperti AI Bantu yang menarik perhatian peserta

Guru-guru amat teruja dengan paparan mesra pengguna yang konsisten dengan Modul NILAM Johor (MNJ) sebelum ini. Mereka juga menyambut baik usaha SkoolBeez untuk:

  1. Menyediakan sistem yang lebih stabil
  2. Mengurangkan input manual
  3. Membina keseragaman rekod dan pelaporan

Terdapat juga beberapa cadangan bernas daripada peserta, antaranya:

  1. Perlu pengesahan dan sokongan rasmi dari KPM agar lebih banyak sekolah boleh menyertai
  2. Menyediakan pelan langganan fleksibel dan jelas untuk rujukan pentadbir sekolah
  3. Mengadakan taklimat lanjut di sekolah masing-masing untuk meyakinkan pihak pentadbiran

Sesi diakhiri dengan perbincangan terbuka dan permintaan dari beberapa sekolah yang ingin menjemput pasukan SkoolBeez ke sekolah masing-masing bagi sesi taklimat susulan dan demonstrasi menyeluruh. Ini menunjukkan momentum awal yang sangat memberangsangkan, hasil daripada pemahaman yang lebih jelas serta pendekatan mesra dan profesional oleh pasukan SkoolBeez dan UTM.

📣 Sekolah anda ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin menjemput pasukan SkoolBeez ke sekolah? Sertai gelombang transformasi digital ini melalui program Early Access kami sekarang!

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!