SK Seri Bugis, Pontian dicadangkan sebagai penerima program CSR SkoolBeez bagi memperkasa pendigitalan sekolah melalui modul NILAM, Kehadiran dan PSS.
9 Mac 2026, Benut, Pontian - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak SK Seri Bugis bagi membincangkan cadangan penyertaan sekolah tersebut dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez. Sesi ini melibatkan Tuan Mohd Razi bin Masuan (Guru Besar), Puan Roshidah binti Sahak (Guru Perpustakaan dan Media) serta Muhamad Afiq Irshad bin Mohd Ali (Guru ICT).
Program CSR ini bertujuan memperluaskan penggunaan sistem pengurusan sekolah secara digital serta membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan data sekolah secara lebih sistematik. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan statusnya sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) yang memerlukan sokongan dalam usaha pendigitalan.
Dalam sesi tersebut, demonstrasi ringkas sistem SkoolBeez telah diadakan bagi memperkenalkan fungsi asas serta potensi pelaksanaan modul dalam operasi harian sekolah. Antara modul utama yang dicadangkan ialah Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Turut dibincangkan ialah cadangan skop kerjasama serta kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan pelaksanaan program CSR dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah, guru dan murid secara menyeluruh.