Guru NILAM dan GPM dari Negeri Sembilan dan Sarawak menunjukkan minat terhadap SkoolBeez sebagai platform “one-stop centre”, dengan fokus kepada AI Validator dalam Modul NILAM.
11 Mac 2026, Pejabat SkoolBeez - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi demonstrasi secara atas talian bersama Guru NILAM dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) daripada SK Dato' Penghulu Luak, Jempol, Negeri Sembilan dan SK Tanah Puteh, Serian, Sarawak. Sesi ini dilaksanakan dalam dua slot berasingan iaitu pada jam 9.10 pagi dan 10.20 pagi dari Bilik Mesyuarat Bit Extreme, melibatkan Cikgu Nurul Fadhillah (Guru NILAM SK Dato' Penghulu Luak) dan Cikgu Nur Badrina (GPM SK Tanah Puteh).
Sesi dimulakan dengan tayangan montaj ringkas bagi memberi gambaran awal mengenai fungsi dan peranan SkoolBeez sebagai platform bersepadu yang menyokong pengurusan sekolah, khususnya dalam pelaksanaan program NILAM. Demonstrasi diteruskan dengan penerangan berkaitan antara muka sistem, fungsi asas serta aliran penggunaan modul seperti NILAM, Kehadiran dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dapat membantu memudahkan tugas guru serta meningkatkan kecekapan pengurusan data.
Penekanan turut diberikan kepada fungsi AI Validator dalam Modul NILAM, yang membantu proses semakan dan pengesahan rekod bacaan murid secara lebih cepat dan sistematik. Penerangan ini menunjukkan bagaimana penggunaan teknologi AI dapat mengurangkan beban kerja guru serta memastikan ketepatan dan kualiti rekod yang direkodkan.
Secara keseluruhannya, maklum balas yang diterima adalah positif, dengan kedua-dua guru menyatakan bahawa SkoolBeez berpotensi sebagai “one-stop centre” untuk pengurusan sekolah. Walau bagaimanapun, isu berkaitan integrasi dengan sistem AINS yang diperkenalkan oleh KPM turut dibangkitkan, termasuk perkembangan AINS 2.0 yang menjadi pertimbangan pihak sekolah. Perkara ini akan dibincangkan lanjut di peringkat pentadbiran sebelum sebarang keputusan dibuat.
Sebagai sokongan berterusan, pihak SkoolBeez turut menawarkan sesi penerangan tambahan kepada pihak pentadbir sekolah sama ada secara bersemuka atau dalam talian bagi memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai pelaksanaan sistem dan manfaatnya kepada sekolah.