Ikon loading SkoolBeez
SkoolBeez Hotline 010-8848435 07-5204562
SkoolBeez Berita & Aktiviti 202603-05
202603-05

Sesi Menandatangani MOU dan Serahan Item di SMK Seri Kota Puteri 2 (SRBJ)

Sesi Menandatangani MOU dan Serahan Item di SMK Seri Kota Puteri 2 (SRBJ)

SMK Seri Kota Puteri 2 (SRBJ) menandatangani MOU bersama SkoolBeez serta menerima peranti dan simulasi sistem bagi pelaksanaan modul kehadiran berasaskan kad QR.

6 Mac 2026, Pasir Gudang - Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan serahan itembersama pihak SMK Seri Kota Puteri 2 (SRBJ). Sesi ini melibatkan Puan Siti Norbayah binti Jema’at (Pengetua)serta guru-guru Pusat Sumber Sekolah.

Program ini bertujuan memeterai kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak dalam pelaksanaan sistem SkoolBeez, di samping memperkenalkan penggunaan teknologi digital dalam pengurusan sekolah, khususnya bagi modul kehadiran pelajar menggunakan kad QR.

Sesi dimulakan dengan penandatanganan MOU sebagai simbol komitmen bersama, diikuti dengan penyerahan sijil, plaque serta peranti yang akan digunakan untuk menyokong pelaksanaan sistem di sekolah.

Pasukan teknikal turut melaksanakan pemasangan awal peranti serta konfigurasi sistem bagi memastikan ia sedia digunakan. Satu simulasi penggunaan modul kehadiran menggunakan kad QR SkoolBeez turut dijalankan bagi memberi gambaran sebenar aliran penggunaan sistem di sekolah.

Sesi turut diserikan dengan temubual bersama wakil Bit Extreme, yang memberi penerangan lanjut mengenai visi dan manfaat SkoolBeez dalam membantu meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan kehadiran pelajar.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh usaha pendigitalan pengurusan sekolah serta meningkatkan kecekapan pengurusan kehadiran pelajar di SMK Seri Kota Puteri 2.

Kembali ke Senarai Berita

Jadikan pengurusan sekolah lebih mudah, teratur dan efisien!

Dengan SkoolBeez, semua urusan sekolah dapat dikendalikan dengan lebih lancar dalam satu platform pintar — mudah, pantas dan tanpa kerumitan!