SkoolBeez Demo Bersama Sekolah Agama Negeri Johor Buka Peluang Jaringan Digital Baharu
Rabu, 08 Oktober 2025


SkoolBeez
Rabu, 08 Oktober 2025
Demo bersama 50 guru agama di SMK Seri Pulai Perdana dedah peluang kerjasama bangunkan modul khas PSS sekolah agama sebagai solusi alternatif di bawah JAINJ.
Skudai, 8 Oktober 2025 — Bertempat di Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana (Tingkat 3), satu sesi demonstrasi khas SkoolBeez telah dijalankan bersama wakil-wakil guru dari Sekolah Agama Negeri Johor, khusus bagi meneroka potensi pendigitalan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dalam konteks sekolah agama. Sesi ini berlangsung pada jam 3.00 petang dan dihadiri oleh kira-kira 50 orang guru agama dari pelbagai daerah di Johor.
Sesi ini memberi fokus kepada fungsi utama Modul PSS (Pusat Sumber Sekolah) dalam ekosistem SkoolBeez yang kini telah digunakan secara meluas di sekolah perdana. Para peserta diperkenalkan dengan ciri-ciri pengkatalogan bahan, peminjaman dan pemulangan buku, pengurusan stok, laporan automatik dan integrasi bersama rekod bacaan NILAM — semuanya dalam satu platform bersepadu dan mesra pengguna.
Walaupun pada asasnya SkoolBeez dibangunkan sebagai ekosistem digital untuk sekolah perdana, namun sesi ini membuka ruang diskusi baharu — iaitu potensi untuk membangunkan modul khas PSS yang disesuaikan dengan keperluan sekolah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Ketiadaan sistem pusat sumber yang formal di sekolah-sekolah agama memberi peluang untuk SkoolBeez tampil sebagai solusi tersendiri, selari dengan prinsip digitalisasi pendidikan yang semakin berkembang. Malah, peserta menunjukkan minat yang tinggi terhadap pendekatan sistematik dan telus yang ditawarkan oleh SkoolBeez.
Sesi ini bukan sahaja memperkenalkan sistem, tetapi turut membuka ruang jaringan perniagaan dan kerjasama strategik antara Bit Extreme dan pihak JAINJ, dalam usaha membangunkan sistem digital yang lebih inklusif dan merentas aliran pendidikan.
👉 Sekolah agama anda memerlukan sistem PSS tersendiri yang mudah, mesra guru dan selaras dengan amalan sekolah? Hubungi kami untuk sesi konsultasi atau demonstrasi khas.