SMK Taman Mount Austin telah menerima latihan awal penggunaan SkoolBeez, melibatkan taklimat, simulasi sistem dan perbincangan ke arah langganan penuh bagi sesi 2026. Sekolah turut mencadangkan beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi menyokong kelancaran penggunaan sistem digital ini.
29 Januari 2026 – Pasukan SkoolBeez telah menjalankan sesi demonstrasi dan latihan pengguna ringkas bersama SMK Taman Mount Austin yang melibatkan Pengetua Puan Haslina Binti Haron dan Guru Perpustakaan & Media (GPM), Cikgu Roshayati Binti Ibrahim.
Sesi dimulakan dengan tayangan montaj SkoolBeez yang memperkenalkan keseluruhan konsep dan modul sistem kepada pihak pentadbir. Antara modul yang mendapat perhatian ialah Modul Kehadiran Sekolah/Program dan Modul PSS, yang turut dipersembahkan melalui simulasi penggunaan kod QR secara masa nyata. Demonstrasi turut meliputi proses pinjam dan pulang buku di perpustakaan sebagai gambaran fungsi SkoolBeez dalam mendigitalkan pengurusan harian sekolah.
Antara perkara yang dibincangkan adalah kebenaran penggunaan SkoolBeez dalam perekodan NILAM. Pihak sekolah dimaklumkan bahawa tiada kekangan rasmi daripada JPN untuk menggunakan sistem selain sistem sedia ada, dan kaedah perekodan adalah atas pertimbangan dan keputusan sekolah masing-masing.
Dari segi langganan, pihak sekolah bercadang menggunakan dana PIBG dan sumbangan murid bagi menampung bayaran Pelan Langganan SkoolBeez secara ansuran. Perbincangan lanjut menyentuh tentang penjadualan invois serta tarikh akhir pembayaran sebelum 31 Mac 2026.
Sesi turut disusuli dengan latihan ringkas untuk GPM, merangkumi cara memuat naik data murid melalui fail Excel, mengurus pertukaran guru, penggunaan Kad SkoolBeez, dan memuat naik jadual waktu kelas. Perbincangan ini memberi pendedahan awal kepada pengguna akhir agar lebih bersedia sebelum pelaksanaan sepenuhnya.
Pihak SkoolBeez juga mencatat beberapa cadangan penambahbaikan sistem, antaranya menyesuaikan jawatan penandatangan Sijil Bintang untuk sekolah menengah serta notifikasi yang lebih jelas bagi Kad SkoolBeez murid yang belum disahkan guru kelas. Maklum balas ini akan dimasukkan dalam kemas kini sistem akan datang demi meningkatkan pengalaman pengguna.