SK Pendas Laut berbincang mengenai penyertaan dalam program CSR SkoolBeez serta mencadangkan inovasi seperti pengisian NILAM berasaskan suara AI dan komik digital untuk menyokong kreativiti murid.
3 Mac 2026, Johor Bahru – Pasukan SkoolBeez telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak SK Pendas Laut bagi membincangkan cadangan penyertaan sekolah tersebut dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SkoolBeez. Sesi ini melibatkan Puan Normah Tan binti Abdullah (Guru Besar) dan Puan Arlida bt Abd Hamid (GPK Pentadbiran).
Program CSR ini bertujuan membantu memperluaskan penggunaan sistem pengurusan sekolah secara digital serta meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan data sekolah secara lebih sistematik. Dalam sesi tersebut, demonstrasi ringkas sistem SkoolBeez telah diadakan bagi memberi gambaran tentang fungsi dan potensi pelaksanaan modul dalam operasi harian sekolah.
Antara modul utama yang dicadangkan di bawah program CSR ini ialah Modul NILAM, Modul Kehadiran dan Modul Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi membantu pihak sekolah memperkemas pengurusan data dan pemantauan aktiviti murid.
Turut dibincangkan ialah cadangan skop kerjasama serta kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum dimuktamadkan. Pihak sekolah juga mencadangkan beberapa idea penambahbaikan seperti penggunaan rakaman suara berasaskan AI untuk pengisian NILAM serta pembangunan ciri komik digital dalam Modul Pengkarya Muda bagi menggalakkan kreativiti penulisan murid.