SkoolBeez Terima Sambutan Positif di Bengkel GPM Daerah Kota Tinggi
Isnin, 06 Oktober 2025


SkoolBeez
Isnin, 06 Oktober 2025
Lebih 90 GPM hadir dalam bengkel PSS & ITBM dan beri maklum balas positif terhadap sistem SkoolBeez. Cadangan untuk bentang kepada PGB dan saran pakej modular turut dikemukakan.
Kota Tinggi, 6 September 2025 — Pasukan SkoolBeez berpeluang menyampaikan penerangan sistem kepada lebih 94 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari seluruh daerah Kota Tinggi dalam satu slot khas sempena program “Bengkel Kerja Pengaplikasian Bahan Bacaan Tambahan Dalam Pusat Sumber Sekolah”, anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Sesi berlangsung pada sebelah petang, dari jam 2.00 hingga 4.00 petang, bertempat di Dewan Seri Warisan, PPD Kota Tinggi, atas jemputan En. Mohd Kamal Iskandar bin Mohd Shafri, Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan. Dalam slot ini, pihak SkoolBeez telah membentangkan gambaran menyeluruh ekosistem digital SkoolBeez, termasuk pelbagai modul dan subsistem yang menyokong transformasi digital sekolah secara menyeluruh — dari aspek Pusat Sumber, NILAM, pengurusan pengguna, program sekolah, kehadiran, fasiliti dan banyak lagi.
Maklum balas yang diterima daripada para GPM selepas sesi amat positif dan membina. Antara reaksi yang dikongsi termasuk:
“Sangat bagus kerana SkoolBeez menyediakan aplikasi yang meliputi hampir keseluruhan urusan pentadbiran sekolah.”
“Aplikasi yang sangat membantu dan memudahkan urusan pentadbiran sekolah serta mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.”
“Bagi aspek Pengurusan Pusat Sumber, ianya sangat membantu dan memenuhi keperluan GPM serta menyokong pembentukan kemenjadian murid.”
Selain penerimaan positif terhadap ciri-ciri sistem, terdapat juga beberapa cadangan dan saranan yang membina daripada kalangan peserta, termasuk:
Keperluan sesi penerangan khusus kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) supaya mereka memahami bagaimana SkoolBeez melengkapi atau menyelaras dengan sistem sedia ada. PPD Kota Tinggi (melalui USTP) juga berhasrat untuk mengaturkan sesi tersebut.
Cadangan agar sistem pengurusan PSS diwujudkan secara lebih modular, dengan ciri add-on supaya sekolah boleh menggunakannya secara fleksibel.
Aspek kos atau bayaran langganan turut dibincangkan, dan ramai GPM mencadangkan agar SkoolBeez mempertimbangkan pakej one-off atau struktur harga yang boleh dirunding, sesuai dengan kemampuan dan situasi kewangan sekolah.
Sesi ini menunjukkan bahawa SkoolBeez bukan sahaja diterima baik oleh warga GPM, malah mempunyai potensi besar untuk menjadi platform digital utama yang menyelaras pelbagai keperluan operasi sekolah dalam satu sistem yang bersepadu dan mesra pengguna.
👉 Berminat untuk atur sesi taklimat bersama GPM, PGB atau pentadbiran sekolah anda? SkoolBeez sedia hadir ke sekolah atau daerah anda untuk berkongsi solusi digital pendidikan secara terus.